“Tipu Semua Tu, Tiada Apa Pun” – Padam Foto Atas Pelamin, Sharnaaz Ahmad Nafi Dirinya Sudah ‘Off Market’

Hiburan

“Tipu Semua Tu, Tiada Apa Pun” – Padam Foto Atas Pelamin, Sharnaaz Ahmad Nafi Dirinya Sudah ‘Off Market’

Media hiburan semalam menjadi gempar apabila pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad dilihat telah memuat naik foto dirinya bertiga di atas pelamin bersama anak dan seorang wanita yang disorok wajahnya.

Namun begitu, Sharnaaz kemudian memadam foto yang dimuat naik di laman Instagram sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat.

Advertisement

Ramai peminat telah menyangka bahawa pelakon Polis Evo itu sudah bernikah dengan kekasih, Amelia Christie dan menamatkan zaman dudanya setelah beberapa tahun solo dan bergelar bapa tunggal.

Sharnaaz yang dihubungi media kemudian tampil menjelaskan bahawa perkongsian itu hanyalah sekadar gurauan sekaligus menyangkal dakwaan orang ramai yang menyangka dirinya sudah berkahwin.

Tipu semua itu. Tiada apa pun. Tiada kahwin atau apa-apa. Saya sedang bekerja sekarang ini.

Terdahulu, Sharnaaz memaklumkan bahawa dia sudah menemui cinta baru bersama pelakon, Amelia Christie dan kini sedang berada dalam fasa berkawan.

Sharnaaz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama kakak Neelofa, Noor Nabila pada 31 Mac 2017 sebelum bercerai pada tahun 2020.

2 years ago

Guna 'Hashtag' #MamuKenaGari & Sedondon Atas Pelamin, Sharnaaz Ahmad Sudah Bertunang?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar Online

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...