Guna ‘Hashtag’ #MamuKenaGari & Sedondon Atas Pelamin, Sharnaaz Ahmad Sudah Bertunang?

Hiburan

Guna ‘Hashtag’ #MamuKenaGari & Sedondon Atas Pelamin, Sharnaaz Ahmad Sudah Bertunang?

Seperti yang diketahui peminat industri hiburan tanah air, pelakon berbadan sasa Sharnaaz Ahmad kini sedang hangat bercinta dengan aktres baru, Amelia Christie Lim.

Terbaru, pelakon filem Polis Evo 3 itu telah berkongsi foto berbaju Melayu sedondon dengan anak lelakinya, Jebat Jayden dan seorang wanita yang menutup wajahnya menggunakan bunga.

Advertisement

Menerusi caption hantaran itu, Sharnaaz memaklumkan dia telah mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya itu dan turut menggunakan tanda pagar #MamuKenaGari.

Walau bagaimanapun, tinjauan Beautifulnara mendapati aktor berusia 37 tahun itu etlah memadam gambar tersebut daripada akaun Instagram.

Amelia juga tiada memuat naik apa-apa hantaran berkaitan pertunangan tersebut di akaun peribadinya.

Sharnaaz Ahmad
2023-05-22 14:37:38

Dikritik Pilih Teman Wanita Muda, Ini Respon Sharnaaz Ahmad - " Awak Adalah Definisi Wanita Kendur"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : XTRA