Dikritik Pilih Teman Wanita Muda, Ini Respon Sharnaaz Ahmad – ” Awak Adalah Definisi Wanita Kendur”

Hiburan

Dikritik Pilih Teman Wanita Muda, Ini Respon Sharnaaz Ahmad – ” Awak Adalah Definisi Wanita Kendur”

Semua sedia maklum bahawa pelakon Sharnaaz Ahmad sudah pun memiliki teman wanita yang juga pelakon baru yang dikenali sebagai Amelia Christie.

Aktor itu turut ‘memperkenalkan’ kekasih barunya itu kepada umum ketika tayangan premier filem Polis Evo 3 di TGV KLCC, Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Advertisement

Namun, dalam banyak-banyak pujian yang diberikan peminat, ada juga yang ‘bitter’ dan tidak puas hati dengan wanita yang menjadi pilihan Sharnaaz.

Seperti satu ciapan yang dibuat oleh seorang individu ini, dia mendakwa Sharnaaz telah ‘downgrade’ diri apabila memilih teman wanita yang baru sahaja memulakan kariernya.

Sharnaaz adalah definisi sebenar downgrading. Dari wanita Christian Dior kepada wanita muda yang baru sahaja nak memulakan kariernya.

Sharnaaz kemudian dilihat membalas ciapan individu tersebut dengan memberikan kata-kata yang cukup ringkas tetapi ‘padu’.

Sharnaaz Ahmad

Awak adalah definisi sebenar ‘kendur’.

Sekadar info, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama kakak kepada selebriti Neelofa, iaitu Noor Nabila pada 31 Mac 2017.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden dan mereka berdua bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 yang lalu.

Azfar Heri
12 months ago

"Still Nampak Macam Orang Kampung" - Azfar Heri Bercuti Di Paris Terima Kecaman, Dikata Tak Reti 'Berfesyen'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...