Tipu Pengawal Nak Naik Jumpa Kawan, ‘Influencer’ Maut Jatuh Tingkat 68 – “Sempat Ketuk Tingkap Minta Tolong”

Gaya Hidup

Tipu Pengawal Nak Naik Jumpa Kawan, ‘Influencer’ Maut Jatuh Tingkat 68 – “Sempat Ketuk Tingkap Minta Tolong”

Seorang pempengaruh dan jurugambar Perancis yang dikenali dengan keberaniannya melakukan aksi mencabar memanjat bangunan pencakar langit dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat 68 sebuah bangunan pencakar langit ketika sedang mengambil gambar.

Menurut laporan, Remi Lucidi dipercayai terperangkap di luar unit paling tinggi (penthouse) di kompleks Menara Trengunter di Hong Kong sebelum panik dan bertindak mengetuk tingkap.

Advertisement

menara

Difahamkan, seorang pembantu rumah kediaman itu yang ternampak Remi telah menelefon polis namun mangsa tidak dapat menahan dan tergelincir jatuh.

Pihak berkuasa tempatan membuat dakwaan bahawa jurugambar berusia 30 tahun itu telah menipu dan memberikan alasan untuk masuk ke bangunan melawat rakannya di tingkat 40.

remi

Selepas mendapat tahu, seorang pengawal keselamatan bangunan itu didakwa telah cuba menahannya bagaimanapun dia berjaya melarikan diri dan naik hingga ke atas.

Pegawai keselamatan cuba menangkap Lucidi berdasarkan rakaman kamera keselamatan yang menunjukkan lelaki itu berada di tingkat 49 dan seterusnya menaiki tangga ke atas bangunan.”

Menurut sumber tidak didedahkan, kamera milik mendiang yang dijumpai di tempat kejadian mengandungi rakaman aksi berbahaya dilakukannya.

Sebelum kematiannya itu, dia sempat memuat naik gambar berlatar belakangkan pemandangan di Hong Kong dari ketinggian sebuah bangunan.

hong kong

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Menyamar Sebagai Pekerja Bangunan, Menara Merdeka 118 Sekali Lagi Diceroboh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...