Menyamar Sebagai Pekerja Bangunan, Menara Merdeka 118 Sekali Lagi Diceroboh

Kehidupan

Menyamar Sebagai Pekerja Bangunan, Menara Merdeka 118 Sekali Lagi Diceroboh

Sebelum ini, seorang wanita berasal dari negara Rusia telah mendedahkan bagaimana dia menceroboh bangunan kedua tertinggi iaitu Menara Merdeka 118 dan telah mendapat perhatian orang ramai.

Bagaimanapun, perkongsian yang dimuat naik di laman Twitter itu tular dan mengundang kemarahan netizen Malaysia kerana ramai yang menganggap wanita berkenaan tidak menghormati undang-undang negara.

Advertisement

Baru-baru ini, menara itu sekali lagi diceroboh oleh sekumpulan warga asing yang terdiri daripada empat orang lelaki.

Menerusi hantaran video di laman YouTube, empat orang itu dilihat dapat menyelinap masuk ke bangunan dan berjaya menjejak kaki ke puncak menara dengan ketinggian 679 meter itu.

Perjalanan yang panjang dan sukar serta penuh cabaran tetapi berakhir dengan jayanya dan merupakan hadiah untuk mengakhiri tahun 2022.

Di dalam video yang dimuat naik pada 30 Disember lalu itu, mereka turut dilihat memakai jaket keselamatan pembinaan dan topi keledar untuk tampak seperti sebahagian dari pekerja semasa menyelinap masuk ke Merdeka 118.

Saya tidak menggalakkan sesiapa untuk melakukan semula aksi yang ditunjukkan dalam video ini.

Bukan itu sahaja, mereka turut dilihat memotong jaring keselamatan yang digunakan untuk menutup laluan masuk dan menghalang perjalanan mereka ke puncak bangunan.

Menurut laman New York Times, pemilik video yang dikenali sebagai Isaac Drift Wright itu merupakan seorang bekas tentera Amerika namun meninggalkan ketenteraan selepas 6 tahun berkhidmat sebelum mula berasa kecewa dan hilang arah, selain berjuang dengan gangguan stres pasca-trauma dan pernah berfikir untuk membunuh diri.

Difahamkan, dia melakukan aktiviti memanjat bangunan untuk membantu mengatasi masalah yang dialami dan menanggap pemandangan dari atas bangunan tinggi telah memberikan perspektif baru kepada dirinya tentang kehidupan.

wanita naik Merdeka 118
1 year ago

"Saya Tak Rosakkan Apa-Apa" - Wanita 'Mat Saleh' Bangga Cerita Perjalanan 'Ceroboh' Merdeka 118

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...