Troy Casey yang merupakan seorang bekas model jenama mewah Versace mendedahkan bahawa dia mengamalkan meminum air kencing sendiri pada setiap hari bagi mengekalkan bentuk badan yang menarik meskipun sudah berusia 55 tahun.
Dia yang berasal dari Arizona, Amerika Syarikat itu turut menyapu air kencingnya sendiri pada kulit sendiri selama hampir dua dekad.
Malah, selain meminum dan menyapu najis itu pada kulit, dia juga turut berpuasa air kencing selama seminggu dan menyapunya di bahagian dubur.
Terapi air kencing merupakan amalan kuno dan ia tidak banyak diperkatakan. Kencing anda sendiri penuh dengan asid amino, sel stem dan antibodi.
Saya minum air kencing saya sendiri setiap pagi. Menyapu air kencing merupakan salah satu cara membuatkan perut saya menjadi kempis.
Ujar Troy yang kini menjadi jurulatih kehidupan dan kerohanian memberitahu bahawa amalan meminum air kencing itu merupakan sebab fizikalnya menjadi lebih menarik dan menawan.