Meminum 8 gelas air kosong adalah kunci kesihatan badan paling asas. Jadi, amat penting untuk mempunyai bekalan air bersih untuk minuman seharian. Dalam fasa endemik, tidak semua orang selesa menerima kedatangan orang asing di dalam rumah atas sebab kesihatan.
Kedatangan tetamu juga bermakna jadual harian mungkin terjejas jika berlaku kelewatan atau masalah. Dulu, tanpa ada pilihan, pengguna perlu menunggu juruteknik datang menukar penapis air bagi memastikan bekalan air kekal bersih. Kini, dengan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCareTM, segalanya lebih mudah.
Seperti namanya, penulen air ini tidak mempunyai tangki yang berisiko menjadi tempat pembiakan mikroorganisma. Sistem tanpa tangki ini memastikan air yang dihasilkan kekal segar tanpa mengira soal suhu bilik, panas atau sejuk.
Servis layan diri
Tak perlu lagi leceh menunggu juruteknik beberapa bulan sekali datang ke rumah, kini anda boleh jadi juruteknik penulen air sendiri! Hanya pusing dan tarik untuk mengganti penapis air dengan mudah. Tak sampai 5 minit, semuanya selesai.
Penapis gantian dihantar ke rumah setiap pengguna setiap 6 bulan. Ini menjadikan LG sebagai yang pertama dalam pasaran yang memperkenalkan mekanisme yang memudahkan sebegini.
Pensterilan automatik
Pernah tak terfikir bagaimana kalau air yang diminum selama ini dipenuhi dengan kuman yang tidak kelihatan di mata? Tapi jangan risau Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCareTM mempunyai ciri pensterilan automatik.
Fungsi ini mensterilisasikan paip keluli tanpa karat dan juga saluran keluar air panas yang membasmi 99.99% kuman. Sistem automatik ini mensterilisasi paip keluli tanpa karat dalaman sekali dalam seminggu.
Pengguna juga boleh menentukan kekerapan mengikut keselesaan sendiri. Cuma hanya perlu satu butang dan proses sterilisasi akan dijalankan. Mudah kan?
Sistem Penapisan Puri 4-Peringkat
Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCareTM ini mempunyai bukan 1 atau 2 penapis tetapi 4 peringkat penapisan. Dengan Sistem Penapisan Puri 4-Peringkat, setiap peringkat menapis elemen-elemen berbeza dalam air untuk digunakan dengan selamat.
Tahap 1
Pra-Karbon Block+ menyingkirkan 9 logam berat seperti merkuri, plumbum, arsenik, kadmium, besi, tembaga, aluminium, mangan dan zink.
Tahap 2
Penapis Ultra Filtration menyingkirkan virus dalam air dan menapis kuman dan zarah halus.
Tahap 3
99.99% Norovirus disingkirkan pada tahap ini.
Tahap 4
Akhir sekali, tahap terakhir ini menyingkirkan bahan cemar berbahaya dalam air.
Permudah urusan dengan aplikasi telefon pintar
Bagi memudahkan pengguna memeriksa status Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCareTM masing-masing, mereka boleh menggunakan aplikasi LG ThinQTM. Proses sterilisasi boleh dikawal dari telefon pintar masing-masing tanpa perlu menekan butang secara manual.
Panduan Suara pula pengguna boleh mendapat panduan setiap langkah untuk proses sterilisasi bersuhu tinggi, penukaran penapis dan tetapan fungsi.
Selain itu, jumlah penggunaan air untuk seisi keluarga juga boleh dipantau menggunakan aplikasi telefon pintar ini. Senanglah untuk ibu-ibu melihat sendiri keperluan air minuman anak-anak.
Suhu berbeza ikut keperluan, kuantiti boleh pilih
Bagi memudahkan sukatan, pengguna boleh memilih pilihan kuantiti air dari 120ml, 250ml, 500ml, 1000ml atau secara manual. Suhu air juga boleh dipilih dari 40oC, 75oC dan 85oC.
Bahagian nozzle air juga akan mengesan ketinggian cawan atau gelas digunakan bagi mengelakkan percikan air. Tambahan pula, apa yang lebih menyenangkan, nozzle air penulen ini juga boleh berpusing 180o dan secara melintang dan mencancang.
Rekaan yang minimalis dengan variasi warna Biru Kelasi, Perak dan Putih menjadikan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCareTM ini sesuai untuk apa jenis rekaan dapur.
Pakej sewaan dengan langganan penapis 7 tahun bermula dengan hanya bayaran RM60 sebulan sahaja! Lawati laman web LG untuk info lanjut mengenai Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCareTM sekarang!