Air Kosong Pun Sedap, Tuan Rumah Share Rahsia Penjagaan Air

Branded

Air Kosong Pun Sedap, Tuan Rumah Share Rahsia Penjagaan Air

Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan meraikan hari kemenangan kita setelah sebulan berpuasa.

Apa yang menarik untuk raya kali ni adalah kita diberi kelonggaran untuk merentas negeri dan berjumpa dengan keluarga serta orang tersayang. Tak sabarnya!

Kalau selama ni kita selalu hidang tetamu dengan air manis, tahun ni, apa kata korang buat kelainan sikit dengan hidangkan air kosong sekali. Kan lebih sihat? Tapi first sekali, pastikan air korang tu bersih tau!

Cakap pasal air bersih ni, jom min nak ‘hasut’ korang untuk beli Penapis Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ sebab ada 5 faedah yang korang akan dapat kalau ada sebiji dekat rumah!

1. Tap Bergerak Secara Automatik

Siapa kat sini suka ambil air sampai tertumpah-tumpah sebab tak dapat nak agak tap air dekat mana cuba angkat tangan sikit!

Dengan Penapis Air Tanpa Tangki LG PuriCare™, tap air akan bergerak ke atas dan ke bawah secara automatik dan boleh melaraskan ketinggian hanya dengan mengesan cawan korang tau. Biar betul?!

Jadi, lepas ni korang dah tak perlu risau air tertumpah sampai nak kene mop lantai sebab dengan Penapis Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ ni, ia akan memudahkan pengambilan air korang

2. Tap Yang Fleksibel

Agak-agak kalau dah ramai sangat tetamu datang, mestilah ada yang akan melayan diri dan akan berebut nak ambil air betul tak?

Lepas ni tak payah nak berebut-rebut semata nak isi air lagi sebab dengan Penapis Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ ni, korang dapat isi air dengan lebih mudah sebab paip air tersebut boleh diputar sehingga 180? tau. Menariknya!

Sesuai sangat kalau ada sebiji dekat rumah, barulah tenang nak beraya dengan tersayang.

3. Lengkap Dengan Preset Suhu & Isipadu Air

Bila dah ramai sangat datang mengunjung ni, korang mesti tak menang tangan nak buat macam-macam jenis air, air sejuklah, air panaslah. Maklumlah, nak tambat hati tetamu kan.

Haa, memahami kepayahan korang untuk membuat bermacam jenis air, Penapis Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ dibekalkan dengan 3 suhu berbeza untuk air panas iaitu pada suhu 40°, 75° dan 85°. Haa, senanglah nanti untuk korang hidang air kopi, air teh atau air suam kepada tetamu nanti.

Selain itu, kebiasaannya tetamu ni suka air sejuk sebab cuaca di Malaysia ni tak menentu. Haa, tak kan lah korang nak ulang-alik dapur semata nak refill air betul tak?

Dengan Penapis Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ ni, akhirnya korang boleh duduk senang lenang melayan tetamu sebab ia hadir dengan fungsi pratetap isipadu air pada 120ml, 500ml dan 1000ml. Mudahkan?

4. Reka Bentuk Yang Slim

Alamak, dah jatuh cinta dengan Penapis Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ ni tapi takut makan ruang dapur lah, macam mana ni?

Tak perlu risau sebab reka bentuk Penapis Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ ni sangat slim dan muat untuk diletakkan di setiap sudut dapur rumah korang tau. Wow, dah lah warna nampak premium, slim pulak tu!

Selain itu, ia juga dapat menyediakan air minuman yang bersih dengan menggunakan penapisan air terus tanpa tangki air. Memang ikut trend teknologi terkini untuk mengelakkan pembentukkan mikroorganisma daripada berlaku.

5. Penapis Air Yang Premium

Kalau korang nak tahu, Penapis Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ ni merupakan penapis air yang premium tau sebab ia dilengkapi dengan lampu penunjuk untuk korang tahu prestasi penulenan air sentiasa dalam keadaan terbaik.

Nanti dah terima kunjungan tetamu, confirm mata semua menjeling dekat Penapis Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ ni sebab nampak elegan sangat, haa risau dibawa pulang je nanti!

Raikan Aidilfitri Dengan Penapis Air Tanpa Tangki LG PuriCare™

Haa, menarikkan ciri yang ada pada Penapis Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ ni? Barang baik mestilah min akan kongsikan dengan korang!

Untuk pengetahuan, air yang dihasilkan dijamin bersih dan selamat untuk diminum tau sebab ia dilengkapi dengan pensterilan UV yang diaktifkan secara automatik setiap jam atau 5 minit secara manual.

Lebih menarik, LG hadir dengan promosi sebanyak 50% serta penyewaan serendah RM88 sebulan tau. Wow, memang bestnya!

*promosi ini hanya boleh didapati untuk model selain daripada 4-Ward

Untuk maklumat lanjut serta antara maklum balas daripada pengguna Penapis Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ layari laman web rasmi dengan klik DI SINI.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...