Seorang lelaki bergelar suami meluahkan rasa sedih dan hancur hati apabila hasratnya untuk menggembirakan isteri di saat-saat terakhir wanita itu dibalas dengan tuba.
Seperti perkongsian individu ini, isterinya difahamkan hanya mempunyai masa beberapa bulan untuk hidup dan mempunyai permintaan terakhir yang luar biasa.
Menurut si suami, isterinya meminta untuk meniduri bekas teman lelaki sebagai hasratnya yang terakhir.
Merasakan dirinya tidak berguna kerana enggan menunaikan hasrat si isteri, lelaki itu kemudian meluahkan perasaan kecewanya di satu laman web perbincangan Reddit sehingga menimbulkan pelbagai respon daripada netizen.
Lelaki itu mengaku dirinya sangat kecewa, marah dan sakit hati dengan permintaan isterinya kerana hasratnya sebagai suami seperti dipermainkan oleh wanita itu.
Saya merasakan saya diletak dalam satu situasi yang memerlukan saya bersetuju sahaja kerana umurnya tidak lama. Saya tahu apa yang perlu saya katakan tapi tidak pasti jika ia munasabah untuk dilakukan.
Antara komen netizen mengenai masalah lelaki itu adalah si isteri tidak patut meminta perkara seperti itu dengan alasan tidak hidup lama.
“Kalau cerita ini benar, kemas barang isteri awak dan biarkan dia hidup bersama bekas teman lelaki sampai ke akhir hayat. Maaf, alasan tidak hidup lama bukan alasan untuk dia melayan awak seperti sampah” tulis seorang netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.