Tinggal 4 Hari Dengan Mayat Dalam Rumah, Anak OKU Disyaki Bunuh Bapa – “Ada Kesan Cedera & Terbakar”

Kehidupan

Tinggal 4 Hari Dengan Mayat Dalam Rumah, Anak OKU Disyaki Bunuh Bapa – “Ada Kesan Cedera & Terbakar”

Seorang lelaki berstatus orang kelainan upaya (OKU) masalah pembelajaran didapati hidup bersama mayat bapanya selama beberapa hari.

Mayat bapanya itu dijumpai di rumah keluarga itu di Flat Purnama, Bentong pada Ahad lalu oleh pihak polis selepas menerima laporan tentang penemuan mayatnya kira-kira jam 11 pagi.

Advertisement

Lelaki berusia 64 tahun itu ditemui terbaring di atas lantai rumah berkenaan dan difahamkan isteri mangsa berusia 61 tahun dan anak keduanya berusia 28 tahun berada di Kuala Lumpur sejak 19 Jun kerana mempunyai urusan perubatan di sebuah hospital.

mayat

Anak lelakinya itu kemudian ditahan untuk siasatan selepas polis mendapati terdapat beberapa kecederaan di bahagian badan dan kesan terbakar pada kain yang menutup mayat mangsa.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, dia direman selama tujuh hari bermula 25 Jun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kami masih menyiasat mengenai aktiviti yang dilakukan ‘suspek’ sepanjang tempoh dia berada di rumah berkenaan (bersama) mayat mangsa.”

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Kuantan untuk dibedah siasat.

mahira dinabila
2 years ago

Misteri Kematian Mahasiswi 19 Tahun: Disangka Bunuh Diri Tapi Keadaan Mayat Pelik & Bapa Angkat Macam Sembunyi 'Sesuatu'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...