Misteri Kematian Mahasiswi 19 Tahun: Disangka Bunuh Diri Tapi Keadaan Mayat Pelik & Bapa Angkat Macam Sembunyi ‘Sesuatu’

Trending

Misteri Kematian Mahasiswi 19 Tahun: Disangka Bunuh Diri Tapi Keadaan Mayat Pelik & Bapa Angkat Macam Sembunyi ‘Sesuatu’

Baru-baru ini, negara jiran kita Indonesia gempar dengan penemuan mayat seorang pelajar universiti di rumahnya di Daerah Medan, Amplas pada 3 Mei lepas.

Mangsa, Mahira Dinabila merupakan pelajar di Universiti Sumatera Utara (USU) dan jasadnya telah dijumpai di dalam rumah tersebut dalam keadaan membusuk.

Advertisement

mahira

 

Kronologi

Selepas sudah lama tidak dilihat hadir ke kuliah dan sedang berlangsungnya peperiksaan semester, rakan-rakan Mahira cuba bertanya kepada ibu saudaranya menerusi Instagram pada 3 Mei lepas.

Keluarga kemudian cuba hubungi Mahira namun telefon bimbitnya dilaporkan tidak aktif. Jam 11 malam, ibu saudara Mahira dan keluarganya datang ke rumah dan mendapati ia berkunci selain lampu tidak menyala.

Selain itu, motor juga dilihat diparkir di dalam kawasan pagar rumah tersebut. Mereka kemudian dibantu oleh pengawal keselamatan yang memanjat tangga untuk masuk ke dalam rumah.

panjat

Sebaik sahaja pintu dibuka, mereka dapat hidu bau yang sangat busuk dan ketika itulah bapa angkat Mahira dihubungi.

Dia kemudian menemukan mayat mahasiswi berusia 19 tahun itu di tengah rumah dengan keadaan badan yang sudah bengkak dan kepala hanya tinggal tengkorak. Mahira dianggarkan sudah meninggal dunia selama 10 hari sebelum mayatnya ditemukan.

 

Dipercayai bunuh diri

Polis kemudian mengeluarkan kenyataan dan berkata Mahira dipercayai membunuh diri kerana:

  • Tiada kesan pecah rumah
  • Tiada barang yang hilang
  • Sepucuk surat ditemukan di ruang tamu bersama telefon bimbit dan kunci

Mahira hidup kelaparan tdk memiliki makanan dan berniat bunuh diri.”

Surat tersebut dibaca oleh Pak Kepling dalam suasana gelap namun ia menimbulkan rasa sangsi kerana terdapat beras dan makanan lain serta minuman di dalam rumah ketika itu.

Pak Kepling didakwa hanya mereka-reka kenyataan itu dengan tujuan ia dapat menyokong senario kematian tersebut tetapi tulisan dalam surat tersebut didakwa tidak sama seperti tulisan Mahira.

 

Bapa angkat tolak bedah siasat

Semua yang berlaku itu menimbulkan rasa curiga dalam diri bapa kandung Mahira, Oky Adriansyah lebih-lebih lagi apabila dia mendapat tahu Pak Kepling enggan pihak hospital melakukan bedah siasat ke atas mayat mangsa.

Bukan itu sahaja, seorang saksi turut memaklumkan kepada Oky bahawa Pak Kepling berada di sekitar kawasan perumahan itu sebelum mangsa meninggal dunia.

oky

Oky Adriansyah

 

Keadaan mayat pelik

Sebenarnya, antara faktor utama Oky berasa curiga dengan kematiannya adalah kerana keadaan muka dan kepala mempunyai kesan terbakar. Bagaimanapun, bahagian badannya pula dalam keadaan normal dan tiada menunjukkan seperti ia terbakar.

Kenapa bahagian kepala sudah kelihatan tengkorak sedangkan badannya masih elok, wajah juga kesan luka terbakar. Malah kawasan sekitar juga kelihatan kuning seperti dibakar.”

mayat mahira

 

Rumah dikunci dari luar

Meskipun terdapat sepucuk surat ditemukan namun Oky tidak percaya apatah lagi rumah tersebut didapati dikunci dari luar ketika mayat anaknya itu dijumpai.

Mahira tinggal sendirian tetapi pintu dikunci serta dimangga dari luar. Hanya Pak Kepling (ayah angkat mangsa) dan isteri barunya sahaja yang tahu cara buka pintu tersebut.”

rumah kunci

Autopsi dijalankan, mahasiswa buat solidariti

Disebabkan beberapa perkara di atas ini, keluarga Mahira telah membuat laporan polis dan mayat yang telah ditanam itu dikeluarkan semula serta dibedah siasat pada 15 Mei.

Ketika ini, kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis di Indonesia dan menjadi perbualan hangat di media sosial.

Sementara itu, ramai mahasiswa daripada USU membuat solidariti dan memohon agar pihak berkuasa dapat merungkai misteri kematian Mahira.

kubur

siswa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kompas

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...