Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tindakan Sharnaaz Serang Fattah Tidak Adil – Neelofa

Pelakon dan pengacara Neelofa mengakui beliau sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan bakal abang iparnya, Sharnaaz Ahmad yang meluahkan kata-kata seakan “menyerang” Fattah Amin di akaun Twitternya.

Menurut Neelofa sebagai seorang selebriti yang tindak tanduknya selalu diperhatikan, Sharnaaz seharusnya bersikap profesional dan seharusnya tidak begitu lantang meluahkan emosinya di media sosial.

Advertisement

Neelofa berpendapat, Sharnaaz seharusnya mengambil tindakan terhadap pihak luar yang sengaja ingin mencetuskan pergaduhan antara beliau dan Fattah.

Kenapa perlu serang Fattah? Kenapa tidak menyerang orang yang melaga-lagakan mereka? Tak adil untuk Fattah sebenarnya. Saya harap per­kara sebegini tidak akan berlaku lagi kerana tempiasnya kena pada kami sekeluarga juga. Ambil iktibar dan pengajaran.

Advertisement

Tindakan Sharnaaz yang meluahkan kata-kata lantang di Twitter mendapat perhatian netizen dan menjadi isu yang agak hangat minggu ini.

Kerana mempersoalkan kredibiliti Fattah, netizen menganggap Sharnaaz terlalu kasar dalam berbicara dan beliau turut menerima pelbagai kecaman di media sosial.

Nampaknya selepas ini Sharnaaz perlu berhati-hati untuk tidak lagi begitu lantang bersuara terhadap sesuatu isu. Kadang-kadang memang akan ada benda buat kita sakit hati, tetapi cuba untuk selesaikannya dengan cara yang lebih baik dan tidak menarik perhatian ramai sehingga menjadi isu besar.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top