Written by Bella | February 13th, 2017

Pelakon Sharnaaz Ahmad seorang yang sangat berterus-terang dalam berkata-kata dan meluahkan pendapat beliau.

Semalam, Sharnaaz ada mengeluarkan beberapa “tweet” di akaun Twitternya yang dipercayai ditujukan buat seseorang artis. Sharnaaz mempersoalkan kredibiliti serta pencapaian artis berkenaan.

Berikut antara “tweet” Sharnaaz :-

Walaubagaimanapun, Sharnaaz tidak menyatakan siapakah artis yang beliau maksudkan didalam status Twitter beliau tetapi baru-baru ini Fattah Amin ada melancarkan sebuah buku. Segala luahan Sharnaaz itu mendapat perhatian netizen dan ada menyokong setiap kata-kata beliau sehingga ia menjadi viral.

Memang banyak artis menggunakan populariti mereka untuk melancarkan buku ataupun apa sahaja peluang ataupun tawaran yang ada.

Comments are closed.