April 30th, 2013

Memang tak matang pun. Abang Nara pun sebenarnya pelik apabila secara tiba-tiba Ammar Alfian mendedahkan kononnya bekas kekasihnya, Puteri Sarah ada hubungan percintaan dengan Syamsul Yusof. Nampak macam si Ammar kecewa dan tidak dapat menerima kenyataan hubungan mereka sudah berakhir.

puteri sarah

Si Syamsul Yusof pun mesti tengah terkejut kalau terbaca berita ini. Kesian Syamsul yang sedang fokus menyiapkan filem KL Gangster 2. Apa pun, Puteri Sarah memberitahu portal GUA yang tindakan Ammar Alfian itu adalah tidak matang. Kata Puteri Sarah:-

Saya dah ‘move on’. Dia pun dah ada teman wanita. Saya dah malas nak fikir mengenai perkara yang keluar dari mulut dia tentang saya. Saya dah penat dengan semua ini. Dia ada bukti ke nak tuduh saya bercinta dengan Shamsul? Apa yang dia buat ni merupakan satu tindakan yang tidak matang. Apa yang lepas tu, lepas. Saya tak mahu cakap panjang lebar kerana perkara ini tak akan selesai.

ammar alfian
Kepada Ammar, sudah-sudah lah tue. Puteri Sarah tue bekas kekasih anda. Dia dah berhijrah ke arah kebaikan pun. Tak perlulah nak menganggu hidupnya lagi. Anda pun sudah ada kekasih baru. Jadi silalah fokus memberi kasih sayang kepada si kekasih itu. Kang tak pasal-pasal dia pulak jeles dan clash dengan anda. Tak ke sedih nanti?


Comments are closed.

Loading...