“Tikus Siap kencing, Berat Atas Plastik Bungkusan” – Individu Dakwa Kilang Pulut Kunin Tercemar, Zarina Zainuddin Beri Respon

Hiburan

“Tikus Siap kencing, Berat Atas Plastik Bungkusan” – Individu Dakwa Kilang Pulut Kunin Tercemar, Zarina Zainuddin Beri Respon

Pelakon Zarina Zainuddin menafikan dakwaan tular di media sosial yang mempersoalkan tahap kebersihan kilang pengeluaran pulut kuning miliknya, sambil menegaskan operasi perniagaan berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

Zarina, 56, berkata dakwaan tersebut tidak tepat dan tidak menjejaskan perniagaannya, malah tempahan yang diterima dilihat semakin meningkat sejak isu berkenaan tular.

Advertisement

Menurutnya, pelanggan yang pernah berkunjung ke premis berkenaan lebih memahami keadaan sebenar berbanding maklumat yang tersebar di media sosial.

“Isu itu tidak memberi kesan kepada perniagaan saya kerana pelanggan yang sudah datang dan melihat sendiri tahu keadaan sebenar. Malah, saya menerima lebih banyak tempahan sejak isu ini tular.”

“Kilang saya bersih dan mempunyai sijil halal serta pengiktirafan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). Kami bukan seperti yang digambarkan,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Next Level anjuran mStar dan Suria di Saloma Bistro, malam tadi.

Mengulas lanjut, Zarina menyifatkan dakwaan yang tersebar di platform Threads itu sebagai tidak berasas dan dipercayai dibuat tanpa semakan fakta yang tepat.

“Saya rasa kenyataan itu dibuat secara emosi tanpa saluran yang betul. Saya tidak mahu ambil terlalu serius kerana saya ada banyak perkara lain yang perlu diberi perhatian.”

Dalam pada itu, Zarina memaklumkan beliau tidak berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit kerana tidak mahu isu tersebut berpanjangan, walaupun mengakui tindakan itu seolah-olah cuba mensabotaj perniagaannya.

Pulut kuning zarina

Terdahulu, tular di Threads dakwaan yang mempersoalkan tahap kebersihan kilang pengeluaran pulut kuning milik Zarina. Hantaran itu dipercayai berpunca daripada dakwaan seorang individu yang mengaitkan maklumat daripada bekas pekerja, sebelum mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen termasuk gesaan agar siasatan dijalankan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-23 10:14:07

Ameng Spring Dakwa Liza Hanim Menumpang Populariti, Cari Publisiti Murahan - "Silap Besar Dia Nak Petik Nama Aku"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...