Tiket Persembahan ‘A Night With Aina Abdul’ Habis Dijual Dalam Tempoh 48 jam

Hiburan

Tiket Persembahan ‘A Night With Aina Abdul’ Habis Dijual Dalam Tempoh 48 jam

Penyanyi berbakat Aina Abdul memaklumkan tiket persembahan A Night With Aina Abdul yang bakal berlangsung di sebuah lokasi di ibu kota pada 16 dan 17 Disember nanti habis dijual dalam tempoh 48 jam sejak mula dibuka kelmarin.

Aina Abdul
3 years ago

"Kalau Dulu Duduk Di Kerusi Penonton, Kini Saya Pula Buat Persembahan" - Aina Abdul

Advertisement

Aina  atau nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani berkata dia terkejut dan terharu dengan sambutan luar biasa yang diterimanya itu. Persembahan ini bakal menjadi showcase pertamanya sepanjang berkecimpung dalam bidang muzik.

Aina Abdul

Penyanyi lagu Shadow itu berkata sebelum ini dia memang ada buat persembahan tapi berskala kecil. Pernah acara yang dianjurkan tidak ramai penonton yang datang dan menyanyi di hadapan satu meja tetamu sahaja.

Tapi kali ini saya tak sangka tiket terjual dengan begitu pantas. Ini adalah impian saya sejak dulu lagi.

Aina, 28, difaham kan rata-rata yang membeli bukan hanya dalam kalangan kelab peminatnya sahaja, tetapi ada juga pencipta muzik yang meminati lagu-lagu yang dia bawakan, serta rakan-rakan selebriti yang turut ingin menyaksikan persembahannya.

Walaupun pada permulaannya banyak perkara yang difikirkan termasuk mampukah tiket terjual sebelum tarikh persembahan itu. Aina bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila segala urusannya dipermudahkan.

Saya juga enggan fikir panjang sebab bimbang apa yang dirancangkan tak jadi nanti. Kalau dulu ada saja halangan seperti kekangan masa dan kewangan tapi kali ini Alhamdulillah semuanya bergerak sangat cepat.

Aina yang memang sudah lama merancang untuk mengadakan showcase dan mahu mengadakannya secara dalam talian susulan penularan Covid-19. Tetapi sebaik sahaja kerajaan umumkan konsert dibenarkan dia terus berbincang dengan pasukannya untuk menjayakan persembahan itu secara live.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...