Tiga Menteri Bakal Gugur, DS Ismail Sabri Bakal Rombak Kabinet Dalam Masa Terdekat

Berita

Tiga Menteri Bakal Gugur, DS Ismail Sabri Bakal Rombak Kabinet Dalam Masa Terdekat

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan yang dipetik Kosmo Online dijangka akan melakukan merombak Kabinet dalam masa terdekat dan dilaporkan tiga orang menteri dijangka akan digugurkan daripada jawatan yang disandang mereka.

Dua daripada tiga menteri itu dikatakan adalah daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan seorang lagi daripada UMNO.

Advertisement

tiada pengeluaran KWSP
2022-01-03 12:13:34

"Kalau Setiap Bencana Nak Keluarkan KWSP, Sampai Tua Tak Capai Matlamatnya" - Menteri Kewangan

Penyingkiran itu difahamkan adalah disebabkan oleh kegagalan mereka menguruskan bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini sehingga ianya mengundang kritikan hebat daripada rakyat terhadap kepimpinan menteri-menteri tersebut.

Kegagalan menguruskan tragedi banjir tersebut sekaligus telah mencalar kredibiliti kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang kini dipimpin Ismail Sabri.

DS Ismail Sabri dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat bagi membincangkan perihal berkenaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Tiga Menteri Bakal Gugur, DS Ismail Sabri Bakal Rombak Kabinet Dalam Masa Terdekat Beautifulnara -Terkini dan Sensasi

Beautifulnara -Terkini dan Sensasi, Gosip, Berita, Informasi & Video Viral Selebriti Malaysia Tempatan