Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu ketika ini kerajaan tidak mempunyai sebarang hasrat untuk meluluskan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM10,000 biarpun ramai kini terjejas dengan bencana banjir.
Sehubungan dengan itu, Menteri Kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata KWSP tidak sepatutnya dilihat sebagai jalan penyelesaian sesuatu cabaran.
Tambahnya lagi dalam sesi temubual bersama Astro Awani, tiga program pengeluaran seperti i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sebelum ini hanya sebagai langkah jangka pendek serta sementara sahaja akibat pandemik COVID-19 yang berlaku di negara.

Kalau untuk setiap bencana ni kita nak keluarkan simpanan KWSP, sampai bila-bila pun simpanan hari tua ni tak tercapai matlamatnya.
Dalam pada itu, beliau turut berkata hampir 50 peratus atau lebih kurang enam juta pencarum mempunyai baki caruman kurang daripada RM10,000 dan golongan ini tidak akan mendapat faedah pun jika pengeluaran tambahan i-Citra RM10,000 dibenarkan.
Tengku Zafrul berkata secara keseluruhannya banyak bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan untuk rakyat yang terjejas akibat bencana termasuklah banjir yang berlaku baru-baru ini.
Menteri Kewangan itu dalam pada masa yang sama juga memberi keyakinan bahawa dalam menggubal dasar, kerajaan perlu bertanggungjawab dalam memastikan kebajikan bukan sahaja untuk jangka masa pendek, malah untuk jangka masa panjang buat kesejahteraan rakyat.
apai
January 4, 2022 at 10:05 pm
itu bukan duit kerajaan pun…kalau sekarang pun hidup dah sesak…perlu kena tunggu sampai tua ke nak dapatkan duit sendiri?org yang tak setuju tu sebab pendapatan mereka sebulan beribu riban boleh le kata macam tu… puiii
Anonymous
January 3, 2022 at 7:37 pm
Contoh bila meteri kewangan anak org kaya ….
Sekolah private school
University overseas semua ayah….
Kerja kayangan ..
Last last tak tau penderitaan rakyat
Anonymous
January 3, 2022 at 3:31 pm
KASIHAN RAKYAT DPT MENTERI BANGANG. YG DIMINTAK PUN DUIT RAKYAT SENDIRI. HAA BODOH..
Anon The Truth Hurt
January 3, 2022 at 12:21 pm
Putarrrrrrrrrrrlah Japrol. Orang tengokkan je kau sekarang ni kecik besar kecik besar nak terkam. Dah terang-terang rakyat nak 10k one off maknanya “kali terakhir”. Tak paham ke apa maksud one off? Kwsp tu lubuk emas pak menteri2. Patut gila nak jd pm memasing.