Tiada Lagi Pengeluaran Untuk Tujuan Lain Selain Persaraan – KWSP

Berita

Tiada Lagi Pengeluaran Untuk Tujuan Lain Selain Persaraan – KWSP

Agensi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam sebuah kenyataan pada hari Selasa lalu menegaskan komitmen mereka untuk membantu ahli-ahlinya membina semula kecukupan pendapatan persaraan mereka di hari tua.

Sehubungan dengan itu, KWSP tidak menggalakkan sebarang pengeluaran dana itu bagi tujuan lain dan menyokong saranan kerajaan bagi pemberhentian pengeluaran simpanan KWSP di bawah skim i-Citra, seperti laporan Astro Awani.

Advertisement

KWSP yang ditubuhkan sejak tahun 1951 tertakluk di bawah Akta KSWP 1991, yang menetapkan bahawa Akaun 1 (70 peratus simpanan) untuk tujuan persaraan dan Akaun 2 (30 peratus simpanan) adalah untuk pengeluaran lain-lain yang dibenarkan.

 

Tambah agensi itu lagi, tiada peruntukan dalam akta yang membenarkan pengeluaran untuk kes seperti bencana alam.

KWSP  juga berbesar hati dengan pendirian beberapa kesatuan negara seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), CUEPACS, Perseketuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) serta lain-lain yang menyuarakan kebimbangan mereka terhadap masa depan persaraan pekerja-pekerja di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, KWSP memberitahu mereka akan menawarkan sokongan menerusi sumber di bawah keupayaan mereka berupa peruntukan RM10 juta yang diperoleh menerusi penjimatan perbelanjaan operasi sebelum ini.

Sokongan itu dilaporkan akan disalurkan melalui sumbangan berbentuk barangan yang diperlukan oleh mereka yang terjejas banjir dan akan diagihkan melalui pertubuhan amal yang berkredibiliti.

KWSP
2 years ago

Kerajaan Tak Berhasrat Luluskan Pengeluaran KWSP - PM Ismail Sabri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...