Tidur Atas Jambatan, Remaja Lelaki Maut Digilis Kereta Api

Berita

Tidur Atas Jambatan, Remaja Lelaki Maut Digilis Kereta Api

Seorang remaja lelaki dilaporkan maut selepas separuh badannya hancur digilis sebelum diseret kereta api di atas sebuah laluan pengangkutan darat itu berhampiran Kampung Tiong, Gua Musang, Kelantan, semalam.

Kejadian yang berlaku jam 5.30 pagi itu telah menyaksikan mangsa, Mohamad Azwan Syhmin Md. Yusoff,18, maut setelah arwah tidur bersama seorang lagi rakannya di atas jambatan kereta api berkenaan.

Advertisement
Remaja mati digilis kereta apiSumber : Ihsan PDRM  

Mangsa kemudian diseret kira-kira 30 meter oleh kereta api itu yang difahamkan sedang dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke Tumpat, seperti laporan Kosmo Online.

Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati, separuh badan mangsa telah hancur selepas digilis kereta api akibat diseret sejauh 30 meter dari lokasi dia tidur di atas jambatan itu.

Perkara tersebut turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo di mana siasatan awal mendapati ketika kejadian, pemandu kereta api telah membunyikan hon namun mangsa yang berada di tengah landasan tidak sempat menyelamatkan diri.

Manakala rakan mangsa yang bersamanya di atas jambatan itu berjaya lari dan menyelamatkan diri.

“Pemandu kereta api telah memaklumkan kejadian tersebut kepada pengurus Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB( dan pihak polis untuk tindakan lanjut.” maklum Sik Choon Foo dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Ferris Wheel jatuh
2 years ago

Besi Buruk Dipakai Sejak Tahun 90-An, Buaian 'Ferris Wheel' Jatuh Semasa Berpusing

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...