Besi Buruk Dipakai Sejak Tahun 90-An, Buaian ‘Ferris Wheel’ Jatuh Semasa Berpusing

Berita

Besi Buruk Dipakai Sejak Tahun 90-An, Buaian ‘Ferris Wheel’ Jatuh Semasa Berpusing

Terbaharu, satu video yang tular telah mengempar warganet di Facebook apabila ia memaparkan kejadian di sebuah fun fair di Jerantut, semalam dimana sangkar buaian Ferris Wheel terjatuh ketika sedang berpusing dan lagi menakutkan, ada orang di dalamnya.

Terdapat beberapa netizen memberitahu peralatan yang dipasang pada buaian tersebut merupakan besi buruk yang sudah dipakai sejak tahun 90-an dan rapuh malah tidak sesuai untuk diguna pakai lagi.

Advertisement

Video terbabit telah dirakam oleh seorang ibu dimana anaknya terperangkap dalam sangkar terbabit dan difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira 9 hingg 10.30 malam.

Suasana menjadi bertambah ‘kecoh’ apabila orang ramai mula menjerit terutamanya ibu bapa apabila beberapa buah sangkar buaian itu mula jatuh.

Memetik laporan dari Lobak Merah, biarpun perasaan ibu melihat anaknya di dalam sangkar ketika itu cemas, dia mencuba sebaik mungkin untuk menenangkan tiga orang cahaya matanya yang ketika itu sudah menangis serta menjerit ketakutan.

Dalam pada itu, pemilik video yang dikenali sebagai Eintan Ejam itu menzahirkan rasa geram dengan sikap pihak pengurusan fun fair yang seakan-seakan tidak mengambil berat berkenaan hal itu.

Susulan insiden yang berlaku, beliau menasihati ibu bapa serta pihak pengurusan fun fair agar sentiasa berhati-hati.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Iqbal Zulkefli
3 years ago

Enggan Tayang Bantuan Diberi Pada Mangsa Banjir, Iqbal Zulkefli Mohon Peminat Jangan Paksa Dan Faham Privasi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Lobak Merah

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...