Tidak ‘Terusik’, Naskah Al-Quran Tidak Dimakan Api Saat Rumah Hangus Terbakar

Kehidupan

Tidak ‘Terusik’, Naskah Al-Quran Tidak Dimakan Api Saat Rumah Hangus Terbakar

Sebuah kejadian kebakaran dilaporkan telah berlaku di Taman Kenangan 2, Klebang Besar, Melaka semalam di mana dua buah rumah hangus sepenuhnya, lapor Kosmo Online.

Namun apa yang mencuri perhatian apabila hanya dua buah naskhah ditemui terselamat dalam kejadian tersebut dan masih dalam keadaan sempurna seperti tidak disentuh api.

Advertisement

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, kesemua lima orang penghuni daripada dua buah rumah itu berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Menurut salah seorang mangsa, Habibah Md. Sab,63, dia seolah-olah tidak percaya apabila naskhah suci yang dibelikan arwah anak lelakinya itu seperti tidak ‘terusik’ meskipun diletakkan di atas almari di bahagian ruang tamu.

Mak cik sakit lutut, jadi tidak ada satu pun barang sempat diselamatkan, namun mak cik terkejut apabila dua naskhah Al-Quran dibelikan arwah anak lelaki diletakkan di ruang tamu tidak ‘terusik’.

Ujar Habibah lagi, dia yang pada itu sedang menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk ternampak kepulan asap dari tingkap dapur rumahnya.

Katanya, tragedi itu turut memusnahkan dua buah motosikal jenis Yamaha Y15 dan Lagenda milik anaknya.

Sinar HarianSumber : Sinar Harian 

Kejadian kebakaran itu turut disahkan oleh Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba, Mohammad Fazzil Mohammad Yuso di mana ia membabitkan empat buah rumah sederet separuh kekal dengan tga buah daripadanya termasuk sebuah rumah tidak berpenghuni terbakar sepenuhnya.

“Kebakaran berjaya dikawal dalam masa 23 minit dan punca kejadian serta nilai kerugian masih dalam siasatan” ujar Fazzil.

jarr
2 years ago

"Siap Tolong 'Call' Kan Keluarga Dia" - Lelaki Ini Tak 'Melatah' Bantu Remaja Yang Langgar Kakak Ipar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...