“Siap Tolong ‘Call’ Kan Keluarga Dia” – Lelaki Ini Tak ‘Melatah’ Bantu Remaja Yang Langgar Kakak Ipar

Kehidupan

“Siap Tolong ‘Call’ Kan Keluarga Dia” – Lelaki Ini Tak ‘Melatah’ Bantu Remaja Yang Langgar Kakak Ipar

Baru-baru ini tular, satu rakaman video kemalangan melibatkan seorang penghantar makanan dengan penunggang motosikal lain yang melanggar lampu merah.

Sejurus kemalangan berlaku, dilihat orang ramai mengerumuni tempat kejadian untuk membantu kedua-dua mangsa.

Advertisement

Menerusi satu perkongsian seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Jarr Nadjmudean, dia telah berkongsi bagaimana dia membantu kakak iparnya dan remaja lelaki yang melanggar lampu merah itu.

jarr

Saya siap tanya budak tu okay ke tak, saya rasa yang lebih penting keadaan kakak ipar saya dari nak mengamuk.

Jelas Jarr, walaupun lampu isyarat di bahagian kakak iparnya sudah lama menyala warna hijau, remaja berkenaan yang mengejar lampu isyarat merah tiba-tiba meluru dengan laju dan merempuh kakak iparnya.

Saya dengan anak buah siap tolong call kan keluarga dia inform dia accident. Benda dah jadi, bukti semua ada, kita report polis sahaja la.

Dalam pada itu, Jarr turut menceritakan semasa berada di hospital, abang kepada remaja lelaki berkenaan telah berjumpa dengannya dan mengucapkan terima kasih kerana membantu serta memberi layanan yang baik walaupun adik mereka bersalah dalam hal ini.

Difahamkan, kedua-dua pihak telah pun membuat laporan polis dan remaja lelaki tersebut mengaku salah kerana melanggar lampu merah sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.

social experiment isu gangguan seksual
2 years ago

"Perempuan Terlalu Liar! Pakai Seksi" - Jawapan 'Social Experiment' Gangguan Seksual Bikin Wanita 'Panas'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Vocket

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...