Sebelum ini pernah tular sebuah kisah di mana seorang doktor telah membantu seorang wanita bersalin di tepi lebuh raya, kini perkara yang sama pula berlaku pada seorang anggota polis yang membantu wanita Thailand bersalin di tepi lebuh raya PLUS baru-baru ini.
Tidak sempat sampai hospital
Menurut hantaran yang dikongsi di Facebook, sepasang suami isteri sedang dalam perjalanan untuk ke hospital berdekatan dan si suami telah menahan kenderaan polis trafik yang sedang membuat rondaan. Oleh itu, polis berkenaan membantu untuk mengiringi mereka namun tidak sempat sampai di hospital, wanita tersebut telah bersalin.
Tak lama kemudian, pihak ambulan telah sampai di lokasi tersebut lalu memberi bantuan kecemasan kepada ibu dan bayi berkenaan. Mereka berdua dalam keadaan selamat ketika dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani bagi rawatan lanjut.
Polis dapat pujian
Dalam video yang sama, terlihat pihak polis yang ada di tempat kejadian telah meletakkan kon di sekeliling kenderaan di mana wanita terbabit bersalin bagi mengelakkan sebarang sesak lalu lintas.
Pada masa yang sama, PDRM juga telah berterima kasih kepada anggota berkenaan kerana telah menjalankan tugas membantu mereka yang memerlukan.
Tahniah diucapkan kepada Insp Mat Fauzi dan anggota yang terlibat, atas pertolongan menjaga lalu lintas dan bantuan kepada pasangan keluarga ini. Semoga perbuatan tuan sekalian akan menjadi teladan kepada rakan pasukan yang lain.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.