Anggota Polis Disiasat Apabila JIPS Menemui ‘Angpau’ Berisi Wang Tunai Yang Meragukan Di Sebuah Balai Polis

Kehidupan

Anggota Polis Disiasat Apabila JIPS Menemui ‘Angpau’ Berisi Wang Tunai Yang Meragukan Di Sebuah Balai Polis

Tular baru-baru ini, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah menemukan angpau berisi wang tunai yang tidak pasti sumbernya ketika satu pemeriksaan rawak dijalankan di sebuah balai polis di Kuala Lumpur pada 5 Februari lalu.

Anggota polis simpan angpau

Menurut sumber, ketika pemeriksaan itu, seorang anggota polis telah didapati menyimpan beberapa sampul angpau dan kini JIPS sedang menjalankan siasatan lanjut ke atas anggota terbabit.

Advertisement

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad turut memaklumkan bahawa kertas siasatan tatatertib telah dibuka terhadap anggota berkenaan bagi mengenal pasti sumber wang tersebut kerana telah melanggar peraturan tugas.

Hanya RM100 boleh dibawa

Bukan itu sahaja, Azri turut berkata bahawa wang sebanyak RM100 sahaja yang boleh dibawa oleh anggota polis ketika bertugas di lapangan ataupun operasi di luar. Hal tersebut sudah merupakan salah satu prosedure operasi standard.

Maka kita perlu bertanya sama ada dia diberi angpau ini, siapa yang memberinya. Maka dia perlu menjawab semua persoalan ini ketika siasatan nanti.

 

Jika anggota membawa wang lebih daripada RM100, ia perlu diisytiharkan kepada penyelia. Namun dalam kes ini, wang itu ditemui dalam lokernya, maka perkara itu perlu disiasat lebih lanjut.

duitSumber : Gambar Hiasan  

Sebelum ini, satu laporan berhubung pemeriksaan JIPS di sebuah balai polis di ibu kota, Isnin lalu telah tular apabila pihak JIPS menemui satu beg pinggang mengandungi beberapa sampul angpau serta wang tunai berjumlah RM4,239.

Pemeriksaan lanjut turut menemukan beberapa sampul angpau mengandungi wang tunai berjumlah RM2,050 dengan keseluruhan wang tunai ditemui sebanyak RM6,289.

polis rakam pemandu rasuah
3 months ago

(VIDEO) "Polis Macam Ni Rakyat Nak.." - Tegas Tolak Rasuah, Pegawai Polis Rakam Tindakan Pemandu Cuba 'Sogok Duit' Dipuji

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Buletin TV3

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...