“Tidak Menggambarkan Pendirian Kami” – ‘Drag Queen’ Malaysia, Carmen Rose Turut Mengecam Tindakan Vokalis The 1975

Hiburan

“Tidak Menggambarkan Pendirian Kami” – ‘Drag Queen’ Malaysia, Carmen Rose Turut Mengecam Tindakan Vokalis The 1975

Ratu ‘drag’ Malaysia, Carmen Rose tampil memberi kenyataan mewakili golongan ‘drag’ setelah insiden vokalis kumpulan muzik terkenal The 1975, Matty Healy yang dilaporkan membuat aksi serta kenyataan yang kononnya mempertahankan golongan LGBT di negara ini.

Carmen atau nama luar pentasnya Sam yang ditemubual BBC World Service berkata, meskipun golongan LGBT seluruh dunia memuji tindakan Matty yang mencium gitaris kumpulannya pada malam festival Good Vibes tempoh hari sebagai tanda bahawa golongan itu wujud dan perlu diterima, namun tidak bagi Carmen.

Advertisement

 

Saya rasa ada tempat dan waktu yang sesuai untuk melakukannya selain cara terbaik (menyampaikan mesej), dan jelas sekali dia sedang mabuk dan tidak wajar untuk dilakukan.

Katanya lagi, Matty bukan sahaja menyampaikan mesej pro-LGBT tetapi telah memusnah barang milik penganjur, mabuk, meludah di atas pentas dan berkelakuan biadab.

Matty membawa perwatakan ‘white-savior complex’ dan merasakan perbuatannya itu seperti mewakili golongan kami namun ternyata sebaliknya. Dia tidak memikirkan kami, tapi hanya dirinya.

Carmen turut memberi contoh situasi yang dihadapi rakyat Malaysia kini iaitu pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada pertengahan Ogos ini.

Jelasnya, isu ini telah memberi ‘sebab’ dan agenda untuk parti berkaitan yang menentang kewujudan LGBT di Malaysia untuk terus menggunakan agenda homophobic bagi mendapatkan undi.

Dia juga merasakan tindakan kumpulan muzik itu hanya membuka ‘pintu’ kepada kerajaan untuk terus mendiskriminasi dan menghukum golongan mereka.

Sekadar info, Carmen pernah muncul dalam muzik video lagu DS Vida yang berjudul Muah Muah Raya selain pernah berkolaborasi bersama Fenty Beauty dan Universal Music Malaysia berkaitan dengan perhubungan awam (PR).

Carmen juga aktif membangunkan ‘scene’ drag bersama teman-teman seperjuangan di media sosial dan juga persembahan secara langsung.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

matty healy 1975
9 months ago

(VIDEO) Hina Undang-Undang Malaysia, Penyanyi Cium Gitaris Di Atas Pentas -"Anda Tidak Boleh Arah Dengan Siapa Saya Tak Boleh Lakukan S*ks"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...