(VIDEO) Hina Undang-Undang Malaysia, Penyanyi Cium Gitaris Di Atas Pentas -“Anda Tidak Boleh Arah Dengan Siapa Saya Tak Boleh Lakukan S*ks”

Hiburan

(VIDEO) Hina Undang-Undang Malaysia, Penyanyi Cium Gitaris Di Atas Pentas -“Anda Tidak Boleh Arah Dengan Siapa Saya Tak Boleh Lakukan S*ks”

Kecoh di media sosial apabila beberapa rakaman video memaparkan kumpulan muzik antarabangsa, The 1975 yang melakukan persembahan di pesta muzik Good Vibes Festival 2023 malam tadi dihentikan gara-gara vokalis, Matty Healy berkelakuan biadab di atas pentas.

Dalam video tersebut, Matty dilihat membuat ucapan berbaur penghinaan terhadap undang-undang Malaysia mengenai isu LGBT sebelum dia dilihat mencium pemain bass The 1975, Ross McDonalds di atas pentas.

Advertisement

Katanya lagi, dia tidak nampak keperluan negara Malaysia untuk menjemput mereka membuat persembahan dan mengarah dengan siapa kami patut lakukan hubungan seks atau tidak.

Kamu tidak meminta saya datang ke negara kamu dan memberitahu saya dengan siapa saya boleh dan tidak boleh melakukan hubungan seks.

Sebelum itu, dia juga dirakam sedang mabuk dan menghancurkan ‘drone’ penganjur yang ditugaskan merakam persembahan setiap artis yang membuat persembahan pada malam itu.

Setelah ucapan itu, pentas kemudian bertukar gelap sebelum Matty yang berada dalam keadaan berang memaklumkan mereka telah ‘dibanned’ dan disekat daripada meneruskan konsert di Malaysia.

Ok, itu sahaja daripada kami. Kami digam daripada membuat persembahan di Kuala Lumpur, bye guys.

Sebelum ini, Matty memang dikenali dengan sikap kurang ajar ketika berada di pentas selain isu Islamophobia dan sering merendah-rendahkan wanita terutamanya kaum kulit hitam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bell ngasri menang anugerah bintang popular 35
9 months ago

(TAHNIAH) Bell Ngasri Dinobat Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH35

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram, Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...