Selepas kekecohan yang berlaku dek hubungan Hannah Delisha yang dikatakan keruh dengan ibunya, pelakon itu tampil memohon maaf dan untuk mendiamkan diri kini.
Terbaru, Hannah menjelaskan bahawa dia lebih senang mengunci mulut berkenaan perselisihan faham yang berlaku di antara dia dan ibunya, Noor Ashikin Ahmad hingga wanita itu membuat beberapa entri luahan di media sosial.
Jelas Hanna, dia mahu menjaga aib dan tidak elok sekiranya hal peribadi dirinya dihebahkan kepada umum.
“Saya percaya ramai lagi di luar sana yang ada masalah masing-masing. Mungkin bukan masalah keluarga tetapi membabitkan hal kewangan, peniagaan, perhubungan dan sebagainya. Tapi inilah masalah saya.”
View this post on Instagram
Pelakon itu menyatakan bahawa dia bahagia bersama suami, Imam Shah kini dan meminta orang ramai berdoa agar semuanya berjalan dengan baik sahaja.
“Jadi saya tidak mahu buka aib sesiapa. Sebolehnya saya tak nak kongsikan apa-apa cerita pun. Cuma, saya kini bahagia bersama suami. Apa yang boleh saya harapkan ialah doa yang baik-baik. Jangan fikir negatif atau pun buat spekulasi sendiri. Kita semua ada masalah, cuma situasinya sahaja yang berbeza.”
Dalam pada itu, Imam mengatakan bahawa dia reda dengan apa yang berlaku dan akan terus menyokong antara satu sama lain.
“Apa yang berlaku kami perlu harungi bersama. Jadi suka atau tidak, kita sama-sama terima. Susah senang bersama, nak buat macam mana.”
Apabila ditanya mengenai perbezaan apabila bergelar suami isteri kini, Hanna menjelaskan bahawa tiada yang berlainan melainkan dia dan Imam saling melengkapi.
Pasangan itu juga tidak menolak sekiranya mereka memiliki cahaya mata dalam masa terdekat ini sekiranya ia telah ditakdirkan.
“Kami percaya kepada rezeki, tidak mahu merancang. Kalau ada rezeki, adalah. Tiada sasaran pun kerana kami sukakan kanak-kanak, terutamanya Imam.”
Semoga Hannah dan Imam terus bahagia.