Pasti ramai yang berasa bingung dengan pelbagai kisah keluarga dan pernikahan Hannah Delisha yang dipaparkan di dada-dada akhbar sejak beberapa hari ini.
Semuanya bermula apabila ibu pelakon itu, Noor Ashikin dikatakan tidak merestui perkahwinan tersebut selain terdapat dakwaan mengatakan yang Hannah dan Imam Shah sebenarnya sudah disatukan sejak setahun yang lalu.
BACA: Tarikh Entri Eleena Sui Jadi Persoalan, Hannah Delisha Didakwa Kahwin Tahun Lepas?
View this post on Instagram
AdvertisementDalam pada itu, kenyataan ibu mentua Hannah, Mariana Yati yang mengatakan bahawa menantu kesayangan itu memang sudah lama mempunyai kemelut dengan ibu kandungnya membuatkan semakin banyak persoalan yang timbul.
BACA: Ibu Mentua Dakwa Hubungan Hannah Delisha Dan Ibu Kandung Sudah Lama Keruh
Meskipun lebih selesa berdiam diri, Hannah kini telah membuka mulut bagi menjelaskan posisi di pihaknya mengenai cerita yang berterbangan kini mengenai masalah keluarganya.
“Assalamualaikum, saya mohon maaf dengan perhatian yang tidak dijangka terhadap saya kini. Ya, seperti anda semua, saya juga mempunyai masalah peribadi sendiri. Saya minta maaf kerana ia sudah diketahui umum sekarang.
Masa awal menjejakkan kaki dalam industri ini, tujuan utama saya adalah untuk menghiburkan anda, sebagai penonton, menerusi kerja saya dan bukannya disebabkan oleh kehidupan peribadi. Saya cuba menjauhi segala gosip seupaya boleh dan membawa bendera negara saya dengan bermaruah. Dan saya berharap agar dapat terus melalui laluan itu. In Shaa Allah.
Sekali lagi, saya mohon maaf atas cerita kurang enak mengenai saya dan keluarga. Anda semua layak menerima yang lebih baik daripada saya. Apa yang saya harap ialah doa daripada kalian dan privasi ketika melalui dugaan ini.”
Meskipun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai isu yang dilaluinya kini, Hannah berharap agar semua memberikan ruang untuk dia menghadapinya secara senyap.
Semoga Hannah dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.5 Comments
Tinggalkan Komen Anda Di Sini
Loading...
Lopeh
March 11, 2021 at 1:51 pm
Lopez padan muka …
Lopeh
March 11, 2021 at 9:34 am
Lopez …betulkan Bahasa Melayu kamu dulu sebelum buat posting … Ejaan kelaut , campur English ,Melayu !..duhhhhhhh
Example ..mana
Betulkan
Before
Budak …..
What the h### is bi b4 ?
Nak betulkan orang ,betulkan diri sendiri dulu .
lopes
March 11, 2021 at 8:04 am
mne PA dia ni..btulkan la sikit grammar dak hanna bi b4 post..
mimi
March 11, 2021 at 10:04 am
Hmm, english dia ok sahaja. No obvious spelling mistake or grammar. Tak perfect takpa asalkan kita faham maksudnya. I boleh je faham. Hannah sedang melalui ujian hidup, bukannya ujian bahasa english. Patut anda sebagai peminat terus menyokong, bukannya mengecam pada small thing.
jenniferlopes
March 11, 2021 at 12:26 pm
Cuba kau betulkan nak tengok.