Adik kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah, Didi Astillah semalam tampil meluahkan rasa syukur setelah melihat kakaknya berjaya keluar dari permasalahan rumah tangga yang menimpanya sebelum ini.
Didi mendoakan yang terbaik buat Bella Astillah
Kata Didi, dia tidak akan berhenti mendoakan yang terbaik buat kakaknya itu dan memberi sokongan buat Bella.
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, kami sekeluarga akan sentiasa memberikan sokongan kepada Bella supaya bangkit selepas ini. Jangan putus doakan Bella, insya-Allah dia kuat mengharungi semua ini.
Dia gembira sahaja dan nampak tidak tertekan langsung, semalam kami makan sedap-sedap dekat Jakarta.
Didi berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan semalam bagi sebutan kes perceraian Bella dan Aliff Aziz.
“Berbaik dengan Aliff? Tidak buat masa sekarang”
Sementara itu, Didi juga tampil memberi respon setelah ditanyakan mengenai hubungannya bersama Aliff Aziz pada masa akan datang.
Saya tak mahu ulas mengenai perkara itu, tapi buat masa sekarang tidak. Pada masa akan datang tidak tahu. Apa yang penting saya nak ‘move on’ daripada semua ini.
Semalam, rumah tangga di antara Aliff Aziz dan Bella Astillah berakhir apabila penyanyi lagu Sayang Sayang itu menceraikan isterinya dengan talak satu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.