Tidak Berbaju Didalam Filem Tombiruo : Zul Ariffin Nafi Dieksploitasi

Hiburan

Tidak Berbaju Didalam Filem Tombiruo : Zul Ariffin Nafi Dieksploitasi

Umum mengetahui pelakon bertubuh sasa, Zul Ariffin telah dipilih untuk membawakan watak utama didalam filem Tombiruo adaptasi novel karya Ramlee Awang Murshid.

Advertisement

Demi menjayakan wataknya sebagai Ejim, Zul harus tampil tidak berbaju dan hanya memakai aksesori yang sesuai dengan wataknya sebagai penunggu rimba. Kerana perkara itu, ada beberapa pihak yang berpendapat Zul menjadi mangsa eksploitasi .

Walaubagaimanapun, Zul menafikan perkara berkenaan dan berpendapat jalan cerita filem itu sendiri sudah mampu menarik minat ramai apatah lagi mereka yang sebelum ini pernah membaca novel Tombiruo.

Persoalan mengenai tubuh badan saya dieksploitasi kerana saya tidak berbaju rasanya ia tidak perlu timbul kerana naskah itu sendiri sudah cukup kuat untuk menarik penonton ke pawagam.

Tambahan pula apa yang saya lakukan itu adalah untuk menzahirkan watak sebagai Ejim dan sebagai pelakon saya sudah melakukan terbaik dalam menjayakan peranan diberikan oleh pihak produksi.

Zul akui pada awalnya beliau merasa agak tidak selesa untuk mendedahkan tubuhnya tetapi sebagai pelakon beliau ia adalah satu cabaran buat beliau untuk menghidupkan watak yang diberikan.

Dalam pada itu, Zul berkata, bagi menjayakan watak tersebut beliau berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 11 kilogram daripada 92 kilogram.

Untuk menjadi pelakon yang terbaik dan berkualiti, mereka harus dapat memberikan yang terbaik dalam setiap watak yang diberi bukan? Kita lihat hasilnya nanti bila filem Tombiruo keluar, adakah Zul dapat membawakan watak Ejim dengan baik dan sama seperti didalam novel.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...