Zul Ariffin Dipilih Bintangi Filem Tombiruo

Hiburan

Zul Ariffin Dipilih Bintangi Filem Tombiruo

Buat penggemar novel pasti anda tahu tentang karya terkenal Ramlee Awang Murshid iaitu Tombiruo : Penunggu Rimba bukan?

Difahamkan, novel berkenaan akan ditayangkan di layar perak pada tahun hadapan dan ia menggabungkan empat syarikat dibawah penerbitannya iaitu Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan.

Advertisement

Menurut Najwa Abu Bakar selak Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, pihaknya berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan tiga syarikat lain untuk menjayakan filem adaptasi novel yang cukup mendapat hits.

Tombiruo menyaksikan sebuah filem yang sarat dengan aksi, elemen kekeluargaan serta memaparkan flora dan fauna yang terdapat di Malaysia yang jarang dipaparkan di dalam filem tempatan.

Selain itu, filem ini juga disokong oleh tenaga produksi yang berpengalaman luas dalam pembikinan filem dari dalam dan luar negara serta barisan pelakon handalan tanah air.

Kami sudah bersedia membuat percaturan dalam merangka promosi bagi filem ini agar ia mampu membuatkan peminat dan penonton teruja.

Filem Tombiruo yang sudah mula menjalani penggambara di Sabah pada 31 Julai dan bakal mengadakan penggambaran di sekitar kawasan hutan di Lembah Klang menampilkan gabungan tiga pelakon hebat tanah air.

Zul Ariffin bakal memegang watak utama iaitu Ejim bersama Farid Kamil dan Nabila Huda.

Lebih menarik lagi  menggabungkan dua pengarah iaitu Nasir Jani yang suatu ketika dahulu cukup terkenal dengan filem Kembara Seniman Jalanan dan Rozana Cinta 87, bersama Seth Larney yang pernah terlibat dalam penghasilan filem Hollywood seperti The Matrix Reloaded, The Matrix Revolutions, Star Wars: Revenge of the Sith, X-Men Origins: Wolverine, Superman Returns dan The Chronicles of Narnia: Voyage of the Dawn Treader.

Nasir akan memberi sentuhan teliti pada elemen drama dan penataan seni, manakala Larney akan memberi tumpuan pada sudut teknikal, babak aksi dan kesan khas.

Selalunya kalau filem adaptasi novel pasti akan berkisar mengenai kisah cinta sahaja, kali ini filem Tombiruo akan memaparkan sesuatu yang berbeza penuh dengan aksi dan pelbagai lagi elemen yang cukup menarik. Tidak sabar pula kami ingin melihat filem ini.

Ada peminat novel Tombiruo tak dekat sini?

Sumber Berita : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...