Tiba-Tiba Sahaja Terpalit Gosip Di Malaysia, Rossa Akui Tak Kenal Siapa Iqbal

Hiburan

Tiba-Tiba Sahaja Terpalit Gosip Di Malaysia, Rossa Akui Tak Kenal Siapa Iqbal

Penyanyi terkenal Indonesia, Rossa mengakui dirinya tidak mengenali siapakah gerangan Iqbal Zulkefli ketika ditanyakan mengenai hubungannya bersama usahawan itu sehingga timbulnya gosip mengenai mereka berdua di Malaysia.

Rossa atau nama sebenarnya Rossa Roslaina Handiyani,43, berkata dia tidak pernah mengenali secara rapat dengan Iqbal dan hanya bertemu sekali sahaja ketika sesi tayangan filem Love Knots di Jakarta, baru-baru ini.

Advertisement

Siapa tu ya? Saya tak kenal siapa dia tapi saya ingat semasa tayangan filem Love Knots ada yang mahu ambil foto sama saya, dia kata dari Malaysia.

Tapi cepat sangat, kami hanya ambil foto bersama dan tidak berbual apa-apa lagi.

Meskipun begitu, Rossa memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai masalah jika ada yang mahu berkenalan dengannya sebagai seorang kawan.

Rossa berkata demikian ketika dihubungi secara maya ketika sidang media pelancaran lagu terbaharunya yang berjudul Terlalu Berharap pada hari Isnin lalu.

Terdahulu, media hiburan tempatan melaporkan bahawa Iqbal kini sedang cuba untuk mendekati penyanyi terkenal negara seberang itu dan turut menyifatkan wanita itu sebagai seorang yang lemah lembut dan bersopan-santun.

Iqbal dan Rossa
2 years ago

Bawa Diri Ke Indonesia Atas Sebab Mencari Ketenangan, Rossa Individu Pertama Ditemui Iqbal Zulkefli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...