Bawa Diri Ke Indonesia Atas Sebab Mencari Ketenangan, Rossa Individu Pertama Ditemui Iqbal Zulkefli

Hiburan

Bawa Diri Ke Indonesia Atas Sebab Mencari Ketenangan, Rossa Individu Pertama Ditemui Iqbal Zulkefli

Sedia maklum, usahawan kontroversi yang kini bergelar penyanyi, Ahmad Iqbal mengambil keputusan untuk lari seketika ke negara jiran iaitu Indonesia dan penyanyi tersohor disana, Datuk Rossa menjadi individu pertama yang ditemuinya.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh usahawan tersebut di Instagram, jejaka yang berusia 27 tahun itu berkongsi satu fotonya bersama penyanyi kesayangan ramai itu.

Advertisement

Orang pertama yang sama temui di Indonesia, Rossa. Moga ada kebaikan.

Difahamkan, Iqbal bertemu dengan Rossa ketika majlis pratonton filem berjudul Love Knots berdasarkan baju yang dipakai penyanyi itu sama seperti baju yang dikenakan sewaktu majlis tersebut sebagaimana dikongsikan dalam Insta Storynya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan komen berasa teruja serta komen nakal berkata Iqbal telah bertemu dengan bakal jodohnya iaitu Rossa.

Iqbal ZulkefliSumber : Instagram Iqbal 

Terdahulu, Iqbal dikatakan ‘lari’ membawa diri dari Malaysia apabila telah berangkat ke Jakarta, Indonesia, baru-baru ini dan akan berada di negara seberang buat sementara waktu atas alasan mencari ketenangan selain urusan kerja.

Iqbal Zulkefli
2 years ago

"Semua Berlaku Secara Spontan.." - Iqbal Zulkefli Akui Tak Rancang Suka Wanita Lebih Berusia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...