“Tiada Varian Omicron COVID-19 Dikesan Di Malaysia Sehingga Kini..”- Dr Adham Baba

Berita

“Tiada Varian Omicron COVID-19 Dikesan Di Malaysia Sehingga Kini..”- Dr Adham Baba

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan bahawa masih tiada varian Omicron COVID-19 dikesan di Malaysia sehingga ke hari ini, seperti yang dilaporkan Astro Awani.

Ujar Menteri MOSTI, Datuk Seri Dr Adham Baba mengesahkan mengenai perkara itu diperoleh melalui kajian penjujukan genom yang dilakukan oleh tujuh makmal termasuk Institut Genon dan Vaksin Malaysia (MGVI).

Advertisement

Hannah Yeoh
2 years ago

Santuni Penduduk Dalam Masjid, Penampilan Hannah Yeoh Berhijab Raih Pujian Netizen

Sehingga semalam, sebanyak 5,651 sampel telah dianalisis dan 3,885 sampel dikenal pasti sebagai varian jenis Delta manakala dua subvarian AY4.2 dikesan bulan lepas.

“Sehingga kini, tiada Omicron COVID-19 dikesan di negara ini..” katanya selepas menghadiri Hari Graduasi MyHackathon 2020 di MITEC, semalam.

Ujar Adham lagi, pihak kementerian MOSTI akan tetap meneruskan kajian penjujukan genom itu untuk memantau kemasukan varian baharu ke dalam negara.

Jelasnya lagi, MGVI akan melaksanakan kajian penjujukan genom terhadap individu yang didapati positif COVID-19 di pintu sempadan negara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...