Written by Bella | September 22nd, 2015

Setelah mengakui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga beberapa bulan lepas, kini persiapan perkahwinan Shukri Yahaya dan tunangnya Tya Adnan sudah hampir 60% siap.

Bakal bernikah pada bulan November depan, Shukri sempat mencuri sedikit masa untuk menguruskan perkara berkaitan perkahwinan beliau meskipun sibuk menjalani penggambaran.

Insya-Allah, majlis resepsi kedua-dua belah pihak akan menyusul selepas upacara ijab kabul. Memandangkan saya masih sibuk dengan beberapa projek drama, segala urusan saya serahkan kepada Tya dan keluarga.

Jika ada masa, saya akan turun padang. Tidaklah sampai tak ambil tahu langsung. Setakat ini, belum terasa debaran bakal bergelar raja sehari kerana sibuk menguruskan hal lain. Mungkin apabila majlis sudah dekat, baru perasaan itu datang.

Tidak dinafikan, populariti Shukri mula meningkat selepas membintangi drama bersiri Dia Isteri Luar Biasa, sebagai artis yang kini menjadi pujaan ramai pasti akan ada pihak yang akan menaja perkahwinan beliau bukan? Mengakui ada menerima tajaan daripada beberapa pihak meskipun tidak sehebat ataupun dalam kuantiti yang besar seperti selebriti lain.

Pada masa yang sama beliau bersyukur kerana segala urusan perkahwinan beliau dipermudahkan dan berjalan dengan lancar seperti yang direncana.

Sumber Berita: Harian Metro

11 responses to Tiada Tajaan Hebat Untuk Majlis Perkahwinan Saya – Shukri Yahaya

  1. aku says:

    uiks..da nak kahwin ke…tahniah la…! ptt la senyap je

    0

    0
  2. Anonymous says:

    biasa la retis yg naik kerana drama ptg2 ni cpt la panas cpat la suamnnya… susah la nk dpt tajaan… melainkn mmg nma sentiasa top.. byk berlakon.. kntroversi.. atau caras mencaras hak org… itu la yg dtajanya.. silap2 bole jd wedding of the year..

    0

    0
  3. cecitececite says:

    Yg penting kberkatan perkahwinan tu dicari. tgjwb sbg suami isteri plg penting yg perlu ade pd dr masing2. Good luck n all d best to both of you…

    0

    0
  4. Don't worry says:

    Takyah nak tajaan hebat & mahal sgt dik.. Tgk wedding Eisya Toh ke apa tah nama host tu, tajaan smpai sejuta pun tak la cantik mana. Make up mcm hantu lagi ada la, maintain simple lagi cantik..
    Tgk wedding ramona zamzam takde berjuta pun tapi elok je wedding dia.
    Cantik, elegant but simple and tak sakit mata memandang..

    0

    0
    • Mak jemah says:

      Stujuuuuu. Eisya punya wedding nonsense gilaaaa. Ramona punya wedding byk gila kot sponsor dia cuma dia mmg jenis low profile, tak bgtahu and tak kecoh psl sponsor dpt berjuta..
      Tgk latest wedding pics dia cantik nak matiiiiiiii wehhhh

      0

      0
  5. Anonymous says:

    suke tengok cerita abang beduk…

    0

    0
  6. Fatiha Latif says:

    Haihhh melepas kak teha shukri yahya dah nak kawin. kak teha sayang shukri. Shukri suami luar biasa akk. name manje shukri akk panggil coki coki. lap u abang coki coki

    0

    0
  7. zaza says:

    sabar jelah shukri. inilah dugaan menjadi retis suam suam kuku. hihi.

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Tya face look like Rita Ru soooo sweeeeet… Not like zarema”home wrecker” like anzalna

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Bkn die ni berlakon pluk2 sentuh2 tu ke dgn fathia tu.

    0

    0