June 9th, 2015

Sejak drama bersiri Dia Isteri Luar Biasa mula ditayangkan, nama pelakon Shukri Yahaya kini menjadi sebutan ramai dan menjadi kegilaan gadis-gadis diluar sana.

Walaubagaimanapun, jejaka yang memegang watak sebagai Dr. Raden Amzar ini telah pun bergelar tunangan orang sejak setahun yang lalu. Hati Shukri telah dimiliki oleh seorang gadis yang cukup cantik dan manis orangnya iaitu Tya Adnan.

Buat Shukri, beliau merasa syukur kerana mempunyai seorang teman yang memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon dan Tya sama sekali tidak pernah mendesak beliau perihal perkahwinan serta sabar menanti sehigga detik yang sesuai untuk mereka disatukan nanti.

Insya-Allah kalau tiada aral melintang, rancangan awal kami adalah untuk bernikah pada penghujung tahun ini tetapi itu masih belum dipastikan lagi. Jika sudah ada tarikh tetap, saya tidak akan sorokkan daripada media.

Tya seorang yang memahami tugas saya sebagai pelakon kerana dia dulu juga pernah berlakon, cuma memilih untuk menarik diri dari industri kerana mahu menguruskan perniagaan. Doakan kami dimurahkan rezeki untuk cepat-cepat mendirikan rumah tangga.

Untuk pengetahuan anda, Tya pernah  muncul didalam filem hits Ular bergandingan bersama Izzue Islam.

Terus terang populariti Shukri Yahaya sedang melonjak naik sekarang  kami yakin selepas berkahwin nanti beliau tetap akan diminati ramai.  Buat Shukri dan Tya semoga anda berdua kekal bahagia dan bersatu di atas jinjang pelamin tidak lama lagi.

Sumber Berita: Kosmo

 

 


Comments are closed.

Loading...