October 11th, 2018

Penyanyi Aishah menegaskan beliau tidak akan membuat permohonan maaf kepada Datuk Seri Vida seperti yang dituntut. Sudah terbukti hadiah berlian itu adalah palsu dan pakar mengenai barang kemas juga sudah mengesahkannya.

Tak ada sebab saya nak minta maaf kerana sememangnya barang kemas yang saya dapat adalah berlian palsu. Bukan lab diamond bukan mossainite swiss diamond tetapi Swarovski cubic zirconia. Mana mungkin saya tarik balik kenyataan berlian palsu itu sedangkan pakar gemologi telah pun mengesahkannya.

Aishah juga enggan menarik balik sebarang kenyataan mendakwa berlian itu palsu daripada media sosialnya. Ini adalah maruah serta perjuangan serta pendiriannya sebagai anak seni. Beliau tidak mahu perkara melibatkan pihak penaja dan artis seperti ini berulang lagi serta merosakkan lagi industri.

Di mana integriti dan kredibiliti saya seandainya saya menarik balik kenyataan yang benar hanya kerana dia menawarkan barang kemas yang tak palsu. Ini melibatkan maruah kami sebagai anak seni, kami punya bakat dan kebolehan yang org lain tak ada.

Penaja ada duit untuk menaja program. Saling memerlukan situasi menang-menang apabila perkhidmatan kami buat sebaik mungkin dan pihak penaja sudah mendapat liputan yang meluas untuk produk mereka. Jadi mereka kenalah tunaikan ganjaran yang dijanjikan.

Terdahulu, DSV menerusi satu sidang media khas berkata beliau hanya akan memohon maaf dan berfikir untuk menggantikan berlian itu dengan barangan kemas lain sekiranya Aishah melaksanakan  tiga perkara yang dituntut iaitu memohon maaf, memadam segala kenyataannya berkaitan ‘berlian palsu’ itu di media sosial dan turut ingin mengadakan pertemuan serta bersemuka dengan Aishah untuk menyelesaikan segala masalah dan kemelut.

Sumber Berita & Foto : mStar Online


174 responses to “Tiada Sebab Saya Nak Minta Maaf, Memang Berlian Palsu – Aishah”

  1. MissFee says:

    Bengong la yg sibuk cakap pasal susut nilai ni. Aishah pi check kedai, dia check benda tu bukan berlian, tapi zirconia. Kalau benda tu mmg real diamond, harga asal 80k, pastu ada susut nilai dpt dlm 40k. Aku pun x kisah benda tu. Masalahnya kalau susut nilai pun xde nilai ape kebendenyee!! Isu dia bkn susut nilai or whatsoever, tapi bukan BERLIAN!! Celah mana kedai emas nk estimate harga pun. Dia nk pecah2 jd brg kemas kecik2 pun buat rugi jeeeeee

    • Anonymous says:

      yeyeye betul..kalau sudah pakar ckp itu bukan berlian..bukan berlianlah..kalau berlian betul..katakanlah kalau susut nilai dgn harga RM40 ribu mcm u kata, it’s ok..it’s ok..sbb boleh lah tukar dgn emas 999 atau 916.
      ..kalau dh palsu, palsu jugakan..mana mgkn ori.

      ..kalau masih x puas hati suruh je si Vida tu pergi ke kedai pakar tu, saman kedai pakar tu, sbb menghebohkan itu palsu, kenapa x berani. Sbb pakar tu yg memberi statement palsu. Aisyah hanya perlukan kebenaran je.

      Cuba tengok kat GV 5..smpai skrg hadiah apa pun belum di bagitahu. Takut terjadi kes mcm ni. Walaupun dh nk masuk minggu ke 4.

  2. Pen Biru says:

    Betul kata tagline Xsukeartis..
    DSV menipu dlm ertikata hadiah hanyalh salah sebab menipu nilainya sahaja..ini bkn urusan jualbeli atau perniagaan..jadi X perlulh saman menyaman malahan hadiah berupa seikhlas hati tiada dlm perjanjian hadiah yg ditawarkn..anggap je bkn rezeki aisyah.. bermaafan itu lbh mulia..yg nmpk teruk tu dsv sb menipu nilainya rantai tu..mmg sukar utk menang jika diperhatikn kes ni aisyah…jgn samakn dgn bonus kerja yg ada termaktub dlm kontrak..

    • Anonymous says:

      u tahupun Vida menipukan..so mmg patut di saman. Mng ke x mng itu bkn matlamatnya. Yg penting jgn menganiyai artis2.

  3. Xsukeartis says:

    Dapat rantai berlian ikhlas dari dsv, xde dlm kontrak= saman

    Xdpt tanah lot banglo dari empire maju, ade dlm kontrak=xnak saman walau setahun dah senyap khabar.

    Bagaikan melepaskan anjing tersepit. Dah org tolong naik, digigitnya kawan tu. Huhuhu

    • Anonymous says:

      huh, puak vida melepaskan geram di waktu piuang goreng dh sejuk dn lembik. Cuba nk nk backup lagi.

      *x fhm lagi nmpkanya: Vida ckp hadiah sampingan berlian dri saya (Vida) yg bernilai RM80,000.00 dengan perkataan: (RINGGIT MALAYSIA: LAPAN PULUH RIBU RINGGIT SAHAJA.)

      ..fhm..

  4. Xsukeartis says:

    Xrantai berlian iklas dari dsv, xde dlm kontrak= saman
    Xdpt tanah lot banglo, ade dlm kontrak=xmak saman walau setahun dah senyap khabar.

    Bagaikan melepaskan anjing tersepit. Dah org tolong naik, digigitnya kawan tu. Huhuhu

  5. makcik_bawang87 says:

    aisyah bengang berlian tak boleh di jual di kedai pajak gadai, tu yang meroyan sampai ke sudah.

    • Anonymous says:

      masih x fhm lagi puak2 vida ni, makan budu terlebih nampaknya dan minum air sg kelantan yg berkeladak tukan.

Loading...