October 9th, 2018

Selepas menerima pelbagai implikasi daripada kontroversi bersama Aishah, kini giliran Datuk Seri Vida pula menuntut juara Gegar Vaganza 4 itu membuat permohonan maaf secara terbuka. Jelas DSV, perkataan ‘berlian palsu’ yang sering digunakan oleh Aishah memberikan impak yang besar kepada perniagaan beliau terutama sekali membabitkan kedai emasnya.

Mula-mula Aishah kena minta maaf dok royak (cakap) palsu-palsu mengenai berlian tapi saya bagi berlian sahaja ke? Tak, ┬árantai emas putih lepas tu ‘sapphire’ dan seluruh barangan kemas itu dikatakan palsu.

Dahlah bagi perkataan palsu, awak tahu tak impak tu habis rosak keseluruhan bisnes saya terutama kedai emas saya terjejas teruk. Tak pasal-pasal sebab satu perkataan itu habis rosak susu sebelanga. Jumlah kerugian sales merudum 70 peratus, merudum kedai emas saya termasuk produk-produk saya.

Selain itu, DSV mahu Aishah memadam segala kenyataannya berkaitan ‘berlian palsu’ itu di media sosial dan turut ingin mengadakan pertemuan serta bersemuka dengan Aishah untuk menyelesaikan segala masalah dan kemelut.

Jika Aishah berjaya untuk melaksanakan ketiga-tiga perkara itu, barulah DSV bersedia untuk memohon maaf kepadanya. Bukan itu sahaja, beliau juga akan cuba mempertimbangkan untuk menggantikan rantai berlian yang dihadiahkan kepada Aishah sebelum ini dengan barang kemas yang lain.

Terdahulu,  kontroversi serta kemelut DSV dan Aishah bermula apabila penyanyi yang terkenal menerusi lagu Janji Manismu itu mendedahkan hadiah barangan kemas yang bernilai RM80,000 tajaan DSV dalam Gegar Vaganza 4 adalah palsu.

Sumber Berita : mStar Online


93 responses to “Datuk Seri Vida Tuntut Aishah Mohon Maaf Secara Terbuka”

  1. Mohon haramkan lagu I Am Me dan semua lagu nyanyian DSV daripada ke udara di mana-mana saluran radio kerana ia hanya akan merosakkan industri muzik Malaysia.

  2. ERA KEJATUHAN DSV SUDAH BERMULA!

  3. Berani Kerana Benar says:

    Nampak tak cara dia putar belit?

    Tunjuk teaser hadiah semi-final and final, memang tak sebut harga. Tapi hadiah tajaan kedai emas dia, maksudnya dia cuba market kedai emas. Eh tetiba sekarang cakap itu barang personal dia, tapi yang duk canang harga dengan semegah-megahnya time final tu kenapa? Apa motive? Nak tunjuk yang barang tu sangat berharga yang dia sanggup kasi (as hadiah tambahan). Ada dekat contract atau tidak, dia dah bagi tahu soal hadiah barang kemas dari semifinal (teaser) walaupun tak sebut harga. Masalahnya sekarang dia cuba nak pertikaikan Aishah cakap satu set tu semua fake. Walhal, telah dinyatakan berlian itu yang dimaksudkan. The point is, harga barang kemas itu tidak serupa yang di sebarkan ke semua orang.

    Maaf lah, argument DSV ni memang weak. Lawyer dia pun macam tak tau nak cari alasan yang lebih kukuh. Jelas Aishah bukan pergi ke kedai pajak untuk jual balik, tapi to reset, lawyer DSV cakap harga memang turun sebab kedai mesti nak beli dengan harga yang jauh lebih rendah. HAHAHAHAHA. Lawak bebenor.

    Permintaan Aishah tu dah jelas dan senang je. Korang nilai lah sendiri dari cara professionalism Aishah dengan DSV bila press conference, jawab sesuai apa yang ditanya bukan jenis putar belit. Aishah takde mintak belas kasihan pun, jauh beza dengan DSV yang guna emotional attachment, cakap dia sedih dan sebagainya.

    Tinggi-tinggi tiara di kepala,
    Tinggi lagi ego DSV rupanya.

    • Lembu Gemok Penipu says:

      Well said. Kebodohan DSV tahap DEWA. Sebab tu dia buat business main hentam je… Asal boleh buat duit.
      Beli PhD dari university mengarut, janji dapat gelaran Dr palsu… Nak jual ubat supplement kenalah ada title Dr.
      Jual ubat que putih, ada mercury
      Jual pamoga, juice delima banyak gula.
      Jual emas, emas Kelantan rendah nilai
      Nak Jual Lavida Coins. .padan muka BNM keluarkan amaran
      Jual air liur je lah makcik ni… Tipu, Riak, Ego, Bongkak… semuanya ada.
      Malu lah. . Ada title Hajjah… Tapi atas pentas terkinja kinja…

  4. mak cute says:

    padan muka la vida oi…geli sial tgk video karipap lohong ko tu dulu…smpi ni aku geli tgk muka ko dgn bibir tebal buat video tu…ni mgkn gak kifarah org yg kena aniaya beli lavida coins ko tu…tu la org kata…langit x selalu cerah…jgn mendongak sgt…riak tayang harta…skli Allah tu nak tjk nahhhhhhh….hamik ko

Loading...