Penyanyi Aishah menegaskan beliau tidak akan membuat permohonan maaf kepada Datuk Seri Vida seperti yang dituntut. Sudah terbukti hadiah berlian itu adalah palsu dan pakar mengenai barang kemas juga sudah mengesahkannya.
Tak ada sebab saya nak minta maaf kerana sememangnya barang kemas yang saya dapat adalah berlian palsu. Bukan lab diamond bukan mossainite swiss diamond tetapi Swarovski cubic zirconia. Mana mungkin saya tarik balik kenyataan berlian palsu itu sedangkan pakar gemologi telah pun mengesahkannya.
Aishah juga enggan menarik balik sebarang kenyataan mendakwa berlian itu palsu daripada media sosialnya. Ini adalah maruah serta perjuangan serta pendiriannya sebagai anak seni. Beliau tidak mahu perkara melibatkan pihak penaja dan artis seperti ini berulang lagi serta merosakkan lagi industri.
Di mana integriti dan kredibiliti saya seandainya saya menarik balik kenyataan yang benar hanya kerana dia menawarkan barang kemas yang tak palsu. Ini melibatkan maruah kami sebagai anak seni, kami punya bakat dan kebolehan yang org lain tak ada.
Penaja ada duit untuk menaja program. Saling memerlukan situasi menang-menang apabila perkhidmatan kami buat sebaik mungkin dan pihak penaja sudah mendapat liputan yang meluas untuk produk mereka. Jadi mereka kenalah tunaikan ganjaran yang dijanjikan.
Sumber Berita & Foto : mStar Online