Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Tiada Peruntukan Atau Bajet Ke?” – Rozita Che Wan Kecewa Lihat Persalinan Kontinjen Malaysia

rozita che wan

Selepas menyaksikan perbarisan kontinjen Malaysia ketika acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2021, terdapat pelbagai reaksi pro-kontra yang dilemparkan oleh netizen mengenai persalinan yang dikenakan mereka.

Merupakan seorang yang tidak gentar untuk berkongsi pendapatnya sendiri, pelakon Rozita Che Wan turut tidak ketinggalan meninggalkan komen terhadap pakaian para atlet tersebut.

Advertisement

Menerusi InstaStory, wanita itu lantang mempersoalkan sama ada pihak bertanggungjawab tidak mempunyai peruntukan mencukupi bagi mendapatkan khidmat fesyen yang lebih baik.

“Pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak mempunyai peruntukan atau bajet ke bagi menggunakan khidmat pereka fesyen tempatan untuk mereka pakaian kontinjen negara di acara sukan tersebut?”

rozita che wan

Che Ta juga mempersoalkan motif corak yang dipilih bagi menghiasi busana dengan gabungan warna kuning dan merah itu.

“Sekali lihat, corak pada bahagian kain seperti ulat. Dua kali tengok, macam sarung bantal pula walaupun katanya persis kerusi stadium.”

Advertisement

Khabarnya pakaian tersebut direka oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan ianya bertemakan Laksamana Hang Tuah. Inspirasi warnanya pula diambil daripada empat warna Jalur Gemilang.

Bukan sahaja Che Ta, tapi nampaknya ramai yang masih lagi melontarkan komen mereka mengenai rekaan busana itu sehingga kini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 Comments

  1. Anonymous

    July 26, 2021 at 2:00 pm

    I don’t care what they’re wearing. This is not a fashion show event! Do they really watched the Parade of Nations?? Do they actually knows what this event for?? Some even just wore shorts, or half-naked. Nanti pakai cantik2 x menang apa2, lagi buang masa, membazir, & memalukan. If bukan ahli sukan or bukan peminat sukan, boleh x artis2 yg rs bagus ni ddk diam & tlg org2 kat Malaysia yg susah ni?

  2. Anonymous

    July 26, 2021 at 1:34 pm

    Cik ta ingat pertandingan kawad kaki/ perbarisan

  3. nani

    July 26, 2021 at 10:03 am

    Tak cantik pun tak pe yg penting dapat medal. Skrg issue yg lebih penting adalah pakaian wanita. Women are being exploited. Overly sexualized. Majority jenih seluar bikini sangkut celah bedah. Yg lelaki tutup elok je. Westrn ckp lelaki ppuan are equal tp tak pun. Yg sponsor, advertise tu yg suka buat seksi nak naikkan view rating. Kita tengok pun lemas duk tarik2 keluar dari celah bedah..haha. Tak ikut kena denda.

  4. nora

    July 26, 2021 at 10:01 am

    sarung bantal ..i agree…rasa mcm sama kat rumah.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top