“Bodoh Tu Simpan Dalam Sungai!” , Che Ta Bidas Sinis Netizen Persoal Kewujudan Ikan Talapia Laut

Hiburan

“Bodoh Tu Simpan Dalam Sungai!” , Che Ta Bidas Sinis Netizen Persoal Kewujudan Ikan Talapia Laut

Gara-gara video memasak ikan talapia masak lemak di Instagram, pelakon Rozita Che Wan dipersoal seorang individu yang mempertikaikan kewujudan ikan yang digunakan aktres itu iaitu ikan talapia laut.

Ikan talapiaSumber : Instagram Che Ta  

“Ada ke ikan talapia laut? Baru tengok Che Ta masak dekat Instagram..” soal individu tersebut di Facebook.

Advertisement

Tidak menunggu lama, pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas itu tampil membidas sinis persoalan individu tersebut dan mempertahankan kewujudan ikan talapia laut.

Rozita Che Wan
1 year lalu

"Dekat IG Tayang Beg Berjuta.." Gara-Gara Minta Diskaun Beli Rendang, Nama Rozita Che Wan Kena 'Petik'

Malah, Rozita yang lebih mesra disapa sebagai Che Ta itu turut berkongsi perbezaan ikan jenis sungai dan laut di Instagram Story miliknya.

Instagram Che TaSumber : Instagram Che Ta  

“Bodoh tu simpan dalam sungai supata orang tak nampak!” balas Che Ta marah.

Terdahulu, isteri kepada Zain Saidin itu rajin berkongsikan resipi juadah enak dalam Instagram miliknya menerusi aplikasi Reels di mana dia ada berkongsi resipi ikan talapia laut masak lemak dengan pegaga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Dia juga kini sedang sibuk mengusahakan perniagaan Lapis Pandan Cheese Cake menerusi akaun @daridapoqcheta.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. chekmat chekmot

    July 4, 2021 at 1:48 pm

    bertanya lepas tu letak katun gelak terbahak2 itu bukan bertanya makcik… itu menyindir namanya

  2. Endang

    July 2, 2021 at 8:17 pm

    Dah orang tu gelakkan dia, sapa suruh? tak pasal2 dpt bodoh.

  3. Kai

    July 2, 2021 at 5:10 pm

    Kalo org bertanya dia ckp bodo… Sendiri mcm pandai sangat… Dah lah makcik

Loading...