“Dekat IG Tayang Beg Berjuta..” Gara-Gara Minta Diskaun Beli Rendang, Nama Rozita Che Wan Kena ‘Petik’

Hiburan

“Dekat IG Tayang Beg Berjuta..” Gara-Gara Minta Diskaun Beli Rendang, Nama Rozita Che Wan Kena ‘Petik’

Tular di media sosial semalam apabila nama pelakon jelita, Rozita Che Wan disebut-sebut sebagai selebriti yang didakwa bersikap tidak sepatutnya ketika berurusan untuk membeli rendang dengan seorang peniaga online.

Malah, menurut individu tersebut, Rozita Che Wan juga turut meminta diskaun harga rendang meskipun tidak mahal mana.

Advertisement
Che Ta rendangSumber : Twitter  
Che Ta rendangSumber : Twitter  

Wanita tersebut dilihat telah memuat naik sebuah bebenang hantaran di laman Twitternya yang menzahirkan perasaan kesal dengan sikap Rozita serta selebriti tempatan lain apabila melakukan urus niaga.

Tulis wanita itu, selain gemar meminta potongan harga, artis-artis ini juga tidak mejalankakan ulasan mengenai makanan dengan baik jika diberi percuma untuk urusan ‘review’.

Meskipun tidak menyebut secara langsung nama selebriti yang dimaksudkannya, ruangan komen hantaran itu telah dihujani dengan jawapan mengenai siapakah gerangan artis tersebut.

Nama Rozita kemudiannya menjadi tumpuan apabila pelakon wanita itu turut memuat naik Instagram Story yang sepertinya merujuk kepada peniaga rendang terbabit.

Rozita Che WanSumber : Instagram Rozita Che Wan  

“Kurang ajar betul orang berniaga rendang ni!!” tulis pelakon drama Kiah Mai Pulak ini di IG Storynya.

Susulan daripada itu, ramai pengguna media sosial tampil mengecam tindakan Rozita Che Wan kerana tidak menyangka bahawa dia sanggup memperlakukan sedemikian rupa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...