“Tiada Peruntukan Atau Bajet Ke?” – Rozita Che Wan Kecewa Lihat Persalinan Kontinjen Malaysia

Hiburan

“Tiada Peruntukan Atau Bajet Ke?” – Rozita Che Wan Kecewa Lihat Persalinan Kontinjen Malaysia

Selepas menyaksikan perbarisan kontinjen Malaysia ketika acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2021, terdapat pelbagai reaksi pro-kontra yang dilemparkan oleh netizen mengenai persalinan yang dikenakan mereka.

Merupakan seorang yang tidak gentar untuk berkongsi pendapatnya sendiri, pelakon Rozita Che Wan turut tidak ketinggalan meninggalkan komen terhadap pakaian para atlet tersebut.

Advertisement

Rozita Che Wan
3 years ago

"Bodoh Tu Simpan Dalam Sungai!" , Che Ta Bidas Sinis Netizen Persoal Kewujudan Ikan Talapia Laut

Menerusi InstaStory, wanita itu lantang mempersoalkan sama ada pihak bertanggungjawab tidak mempunyai peruntukan mencukupi bagi mendapatkan khidmat fesyen yang lebih baik.

“Pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak mempunyai peruntukan atau bajet ke bagi menggunakan khidmat pereka fesyen tempatan untuk mereka pakaian kontinjen negara di acara sukan tersebut?”

rozita che wan

Che Ta juga mempersoalkan motif corak yang dipilih bagi menghiasi busana dengan gabungan warna kuning dan merah itu.

“Sekali lihat, corak pada bahagian kain seperti ulat. Dua kali tengok, macam sarung bantal pula walaupun katanya persis kerusi stadium.”

Khabarnya pakaian tersebut direka oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan ianya bertemakan Laksamana Hang Tuah. Inspirasi warnanya pula diambil daripada empat warna Jalur Gemilang.

Bukan sahaja Che Ta, tapi nampaknya ramai yang masih lagi melontarkan komen mereka mengenai rekaan busana itu sehingga kini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...