Tiada Persefahaman Punca Adira Suhaimi Fail Cerai Kali Kedua, Datuk Red Tegas Mahu Selamatkan Rumah Tangga

Hiburan

Tiada Persefahaman Punca Adira Suhaimi Fail Cerai Kali Kedua, Datuk Red Tegas Mahu Selamatkan Rumah Tangga

Difahamkan melalui laporan mStar, penyanyi Adira Suhaimi memfailkan penceraian buat kali kedua terhadap suami, Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober lalu.

Punca penyanyi terbabit memfailkan penceraian atas alasan sudah tidak sefahaman tetapi keputusan itu tidak dipersetujui oleh Datuk Red.

Advertisement

Kata peguam syarie Muhammad Akmal Amzan yang mewakili Datuk Red, anak guamnya tidak bersetuju dengan keputusan isteri dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)

Punca penceraian tidak boleh nak beri lebih mendalam cuma saya boleh katakan tiada persefahaman di antara mereka.

Dalam pada masa yang sama, menjawab tentang punca Adnan gagal membawa wakil proses Jawatankuasa Pendamai (JKP), ia kerana calon berkenaan mempunyai urusan lain yang tidak dapat dielakkan.

Difahamkan, kedua-dua tuan empunya badan iaitu Adira serta Datuk Red enggan mengulas mengenai hal ini dan hanya bersedia untuk bersuara apabila kes sudah selesai.

Sekadar info, pada 1 April 2019, penyanyi asal Sabah itu pernah memfailkan cerai terhadap suami buat kali pertama tetapi tarik semula demi anak-anak.

adira suhaimi
1 year ago

Adira Suhaimi Failkan Cerai Untuk Kali Kedua, Hakim Tegur Datuk Red Sengaja Lambatkan Kes

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...