Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tiada Permohonan Maaf Setelah Tamat Tempoh, Siti Nordiana Teruskan Tindakan Saman

Siti Nordiana

Selepas memberi tempoh untuk memohon maaf selama 48 jam, pelakon dan penyanyi, Siti Nordiana akan meneruskan tindakannya menyaman lima individu yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah terhadap dia di Instagram Live baru-baru ini.

Advertisement

Tindakan yang dilakukan oleh penyanyi tersebut atas susulan tiada permohonan maaf yang dibuat oleh kelima-lima individu terbabit seperti yang dituntut pada petang Selasa.

Memandangkan tiada permohonan maaf setelah tamatnya tempoh, Nana telah mengarahkan peguam Nana untuk teruskan tindakan saman selewat-lewatnya isnin hadapan (2/8/2021).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

Tindakan yang dilakukan oleh Nana itu terpaksa dibuat bagi membersihkan nama dan imej pelakon drama Di Semanis Honey itu yang telah tercalar atas kenyataan-kenyataan yang dibuat secara langsung atau tidak langsung akibat dari siaran IG Live tersebut.

Advertisement
Siti Nordiana dan anakSumber : IG Siti Nordiana 

Sedia maklum, sebelum ini nama Nana telah disebut dalam sebuah IG Live yang disertai oleh penyanyi Lan Solo, Syura, dan tiga orang lagi.

Didapati dalam live itu, isteri Lan Solo meluahkan rasa tidak puas hati apabila muncul dakwaan suaminya telah menumpang populariti Nana hingga pihak produksi enggan menawarkan mereka pekerjaan atas sebab ‘mulut’ penyanyi Memori Berkasih itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    July 30, 2021 at 1:32 pm

    HAAH SAMAN JE TERUS. TP TAKUT JUGA NNT DISAMAN. TERUS ISU DALAM KAIN TERKELUAR. HATI2

  2. Anonymous

    July 29, 2021 at 2:02 pm

    SAMAN AJER PUAKA MULUT SYURA TU.. BERLAGAK SGT

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top