Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“48 Jam Untuk Permohonan Maaf Atau Saya Saman”- Siti Nordiana

Siti Nordiana

Penyanyi Siti Nordiana dilaporkan tampil memberi respon terhadap fitnah yang dilemparkan terhadapnya oleh beberapa orang selebriti termasuk Lan Solo dan Syura Badron.

Advertisement

Siti Nordiana yang lebih mesra disapa sebagai Nana itu turut memberi tempoh 48 jam kepada kelima-lima individu tersebut untuk memohon maaf atau dia tidak teragak-agak untuk memfailkan tuntutan saman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

Kelima-lima individu yang dimaksudkan Nana adalah Lan Solo, Syura Badron, isteri Lan Nur Sheila Hassim, jurusolek Aida G dan juga pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Saimin.

Ujar peguam yang mewakili Nana iaitu Abang Azlan Abang Ariffin, penyanyi tersebut juga telah membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras sekitar jam 9.42 pagi Jumaat berhubung dengan isu fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Laporan polis tersebut dibuat dengan tujuan untuk membersihkan namanya daripada tuduhan tidak berasas serta fitnah yang sekaligus telah menjejaskan nama dan reputasinya sebagai artis.

Tambah Abang Azlan lagi, jika tiada sebarang maklum balas diterima daripada kelima-lima individu tersebut, maka tindakan saman akan diambil ke atas mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)

Terdahulu, nama Nana telah disebut-sebut dalam sebuah sesi siaran langsung dalam Instagram yang disertai penyanyi Lan Solo, Syura dan tiga lagi nama yang disebut di atas.

Dalam IG Live tersebut, isteri Lan Solo meluahkan rasa tidak puas hati apabila muncul dakwaan suaminya, Lan Solo telah menumpang populariti Nana sehingga ada pihak produksi enggan menawarkan pekerjaan kepada mereka disebabkan oleh ‘mulut’ Siti Nordiana.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. unknown

    July 26, 2021 at 10:38 am

    Gila live kot.. pasti Nana pon ada salah tp pada la sampai nak buat live.. hampa x penah mengata mengutuk org ka weh.. annoying sgt bila pasangan artis lebih sudu dari kuah.. now boleh tahu y kedai Lan asyik dok kena saman ja memanjang.. hadap la weyyy

  2. Ozan Kabak

    July 24, 2021 at 1:32 pm

    Ala nana, tak yah lah lebih2.. Nnt takut cite lain kuar. Diorg tu pun banyak rahsia ko nana. Settle cara baik sudah

  3. Leylla Elskens

    July 24, 2021 at 11:17 am

    Artis ni xhbis2 nak saman menyaman. Husnuzon la sikit??????

  4. Leylla Elskens

    July 24, 2021 at 11:17 am

    Artis ni xhbis2 nak saman menyaman. Husnuzon la sikit??????

    • Anonymous

      July 24, 2021 at 4:43 pm

      Memori bersaman

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top