Tiada Penjarakan Sosial, Orang Ramai Dilihat Beratur Panjang Di Luar Kedai Pajak Untuk Gadai Barang

Trending

Tiada Penjarakan Sosial, Orang Ramai Dilihat Beratur Panjang Di Luar Kedai Pajak Untuk Gadai Barang

Semalam merupakan hari pertama bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana beberapa peraturan PKP sudah dilonggarkan. Hari pertama PKPB juga menyaksikan orang ramai kini kembali bekerja semula selepas hampir semua sektor ekonomi kembali dibuka.

amin idris uia
2026-05-24 13:39:26

"Apa Masalah Kau Ya" - Wanita Beri 'Amaran' Jangan Masuk UIA, Respon PU Amin Idris Curi Tumpuan Netizen

Advertisement

Kedai pajak gadai juga antara perniagaan yang kembali beroperasi di dalam tempoh PKPB ini. Pembukaan semula kedai pajak gadai telah membuatkan orang ramai dilihat beratur panjang di luar kedai saat ianya dibuka. Seperti yang kita tahu, kebiasaannya mereka yang ke kedai pajak ini adalah untuk menggadai emas atau barang berharga dengan pulangan wang ringgit.

Situasi menyedihkan ini dapat disaksikan di beberapa negeri seperti Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. Selepas hampir dua bulan menjalani tempoh PKP, pastinya orang ramai dalam keadaan yang terdesak memerlukan bantuan wang ringgit demi meneruskan kehidupan.

Beratur awal pagi

Seorang pengguna Twitter berkongsikan pengalamannya berbual dengan salah seorang mak cik yang menunggu di luar kedai pajak semalam. Menurutnya, mak cik tersebut bekerja sebagai tukang cuci dan memerlukan bantuan untuk anaknya yang mempunyai sakit asma.

Perkongsian ini sedikit sebanyak menjelaskan keadaan sebenar yang dihadapi oleh rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda negara kini. Pelaksanaan PKPB yang dilakukan ini juga diharapkan sedikit sebanyak dapat mengembalikan semula ekonomi dan pendapatan rakyat Malaysia seperti biasa.

Artikel berkaitan: Poster Penjarakan Sosial Dikoyakkan Pengguna LRT Pada Hari Pertama PKPB

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.