Tiada Pendapatan Beberapa Bulan, Suami Buat Keputusan Jual Video 18SX Isteri Di Twitter Dapat RM1.5K

Kehidupan

Tiada Pendapatan Beberapa Bulan, Suami Buat Keputusan Jual Video 18SX Isteri Di Twitter Dapat RM1.5K

Zaman sekarang ini memang orang sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan duit lebih terutamanya bagi mereka yang punyai anak.

Kebanyakan orang pastinya akan melakukan dua kerja atau lebih untuk meraih pendapatan sampingan tetapi cara seorang lelaki dari Indonesia ini memang begitu jijik.

Advertisement

Demi mendapatkan keuntungan, lelaki dari Bandung, Indonesia itu tergamak menjual video lucah isterinya di media sosial tanpa pengetahuan wanita berkenaan.

Difahamkan, rakaman tersebut dibuat di kebun teh Ciwidey di mana isterinya menunjukkan kemaluan dan ia telah dijual pada harga 300,000 Rupiah (RM91).

Sejak jualan dilakukan, lelaki itu telah mengaut keuntungan hampir 5 juta Rupiah (RM1,527) namun perbuatannya terbongkar apabila seorang remaja menjual video bogel terbabit.

Rakaman itu menjadi tular pada awal Mei lalu dan siasatan polis mendapati video tersebut pada mulanya dirakam untuk kegunaan peribadi.

Bagaimanapun, lelaki itu mula menjual video tersebut melalui akaun media sosial selepas beberapa bulan tidak mempunyai sumber pendapatan.

Dia membuat akaun media sosial bagi menjual video isterinya. Isterinya hanya dapat tahu tentang penjualan video selepas ia tular di media sosial apabila seorang remaja menjualnya sejak September tahun lalu.”

Sementara itu, remaja yang terlibat telah diserahkan ke pusat perlindungan Bandung manakala pasangan suami isteri berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan.

Mereka berdua telah melanggar Undang-Undang Pornografi dan Undang-Undang tentang Informasi Transaksi Elektronik dan berdepan hukuman 12 tahun penjara.

2 years ago

"Selalu Mama Dah Siapkan Makanan Atas Meja" - Wanita Menangis Letih Seminggu Jadi Isteri, Dah Terbiasa Ibu Uruskan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Okezone

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...