“Selalu Mama Dah Siapkan Makanan Atas Meja” – Wanita Menangis Letih Seminggu Jadi Isteri, Dah Terbiasa Ibu Uruskan

Kehidupan

“Selalu Mama Dah Siapkan Makanan Atas Meja” – Wanita Menangis Letih Seminggu Jadi Isteri, Dah Terbiasa Ibu Uruskan

Individu yang membuat keputusan mahu mendirikan rumah tangga sudah tentu perlu bersedia dengan segala macam aspek.

Apabila sudah berkahwin, kehidupan kita terutamanya rutin harian dan keutamaan akan berubah terutamanya bagi mereka yang tidak tinggal bersama keluarga lagi.

Advertisement

1 year ago

Baru 8 Hari Kahwin, 'Influencer' Dedah Punca Bercerai - "Kau Tahu Apa Kau Buat Dengan Perempuan Tu"

Itulah yang berlaku kepada pasangan baru berkahwin ini yang meraih perhatian warganet selepas si suami memuat naik video isterinya yang menangis.

Menerusi rakaman itu, wanita terbabit menangis dan mengadu letih selepas seminggu menjalani rutin sebagai isteri kerana sudah terbiasa hidup diuruskan oleh ibu sendiri.

Penat urusan orang (lain), selalunya mama uruskan. Kena bangun pagi, mengantuk. Selalu bangun 11 pagi makanan dah ada atas meja.”

@baihakidisini

lucuu bangett istrikuuu ? #fyp #foryoupage #couple

? Backsound Lucu – Faid rafanda

Pada penghujung video, wanita itu berkata kepada suaminya, Baihaki dia mahu berehat dan menyuruhnya untuk sediakan makanan sendiri.

Video itu mencuri perhatian ramai sehingga mendapat lebih 48 juta tontonan di TikTok di mana ramai wanita mengaku merasai pengalaman yang sama.

Sesetengah individu menyindir perempuan tersebut kerana terlalu manja dan berpendapat mungkin sebenarnya dia belum bersedia untuk berkahwin.

Baihaki dan isteri, Chami nekad untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya dan bernikah selepas 5 bulan perkenalan menerusi Instagram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...